Tuesday 31 December 2013

Tips Makan Untuk Kurus dan Sihat

 
16.8 juta penduduk Malaysia mengalami masalah kegemukan!!! ni angka yang sangat menyeramkan! Makin ramai yang mengalami masalah kegemukan, makin ramai jugalah yang sedang mencari penawarnya.. yer, penawar untuk kurus!

Semua ingin memiliki tubuh badan yang cantik, kurus dan ramping. Ramai yang sanggup berhabis ratusan mahupun puluhan ribu ringgit semata-mata untuk kelihatan kurus, cantik dan menawan. Itulah kesan daripada pengiklanan dan media massa yang banyak menonjolkan imej model-model yang sebegitu. Hakikat sebenarnya kita perlu kurus untuk sihat. Jangan berlapar atau ‘diet’ dengan cara yang tidak sihat untuk kurus. Ukurlah bentuk badan sendiri dan jangan mengukur dengan bentuk badan orang lain.

Di sini ada beberapa tip atau petua yang mudah untuk kuruskan badan dengan makan yang baik dan menjaga kesihatan yang boleh diikuti oleh anda. Sihat sepatutnya menjadi matlamat utama dalam usaha menguruskan berat badan dan bukanlah rupa yang cantik semata. Kesihatan itu lebih mahal harganya.

Tips 1 : Mengelakkan makan makanan ringan (junk food) seperti kerepek, biskut, jajan-jajan dan sebagainya.Ini adalah kerana makanan ringan ini tidak mengandungi sebarang khasiat yang lengkap untuk tubuh badan anda dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan disamping pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang merbahaya untuk kesihatan.

Tips 2 :  Makan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat atau fiber seperti roti berserat penuh (wholemeal), beras perang, oat dan sebagainya.Karbohidrat jenis ini adalah berglisemik indeks rendah. Ambil makanan yang berkarbohidrat seperti nasi dalam jumlah yang terkawal bergantung kepada aktiviti fizikal dan makanlah nasi atau roti dengan sayuran dan ulam-ulaman yang banyak.
 

Tips 3 : Pengambilan protein sihat iaitu ‘protein putih’.Kurangkan sumber ‘protein merah’ seperti daging yang kaya dengan lemak tepu.Makanan tinggi protein putih seperti ikan, tauhu, tempe , telur, udang atau sotong. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang. contohnya protein kacang Soya ESP Shaklee (Energizing Soy Protein)

Tips 4 : Makan banyak buah-buahan.Seperti yang kita ketahui buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat anti oksidan, mineral dan vitamin untuk tubuh badan anda. Disamping itu buah-buahan juga amat kaya dengan serat atau fiber walaupun rasanya manis, ia mempunyai indeks glisemik yang rendah. Jadi amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti jambu batu, mangga, limau, oren, epal, betik, belimbing dan sebagainya. Buah-buahan yang berglisemik indeks tinggi perlu dimakan sedikit sahaja seperti buah durian, pisang, anggur, kurma, tembikai dan sebagainya.

Tips 5 : Apabila kita makan sarapan, tengahari dan malam pastikan menu makanan yang betul.Jangan berlapar dan meninggalkan makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang di ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protin, serat dan air.

Tips 6 : Banyakkan minum air kosong atau air mineral. Air kosong membantu membakar kalori berlebihan dalam badan kerana ia adalah berkalori kosong dan ia memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya ialah ia akan menjadikan air sebagai ‘negatif kalori’.Sentiasa minum air kosong dan amalkan 8 gelas air kosong sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi. Air amat penting untuk menurunkan berat badan secara sihat !!

Tips 7 : Amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin , vitamin C, vitamin E , anti oksidan, omega 3, mineral kalsium, magnesium, zink, chromium, selenium dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolisma tubuh ketahap yang optimum. Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega 3 boleh menurunkan berat badan. Pengambilan supplemen penting untuk kesihatan yang baik

Tips 8 : Pengambilan probiotik secara kerap. Probiotik akan membantu membekalkan bakteria baik dalam usus yang membantu penghadaman yang lebih baik dan meningkatkan imuniti. Pelbagai jenis minuman dangan kultur hidup terdapat dipasaran sekarang yang kaya dengan probiotik. Yogurt & minuman kultur kaya dengan Probiotik

Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal untuk tubuh anda.Ada satu lagi petua ‘makan’ untuk menurunkan berat badan anda iaitu ‘makan masa’ :) 


Bersabar & konsisten adalah kunci untuk menurunkan berat badan. Teruskan usaha secara konsisten untuk mendapat kesihatan yang baik , wajah berseri, tubuh kurus dan menawan.

GOOD LUCK!!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...