Tuesday, 24 December 2013

Set Lengkap Berpantang Shaklee : Vitamin vs Jamu

Bagi ibu-ibu yang mengandung, apabila kandungan sudah memasuki fasa ke 3, tentunya sudah mula  membuat persediaan untuk bersalin dan juga untuk berpantang. Ramai ibu-ibu memilih set bersalin yang berasaskan ramuan tradisional seperti herba dan jamu lebih-lebih lagi apabila disyorkan oleh ibu atau ibu mertua.

Sebenarnya berpantang tidak semestinya hanya dengan jamu dan herba sahaja kerana berpantang dengan vitamin adalah lebih mudah dan selamat serta dijamin keberkesanannya. Malahan, anda boleh meneruskan berpantang dengan vitamin sekiranya anak anda mendapat jaundice (demam kuning).

Apakah sebenarnya yang membezakan amalan pengambilan jamu dengan vitamin semasa pantang?

Jamu
Jamu adalah hasil dari campuran ramuan-ramuan tradisional yang lazimnya sangat popular dalam amalan pemakanan masyarakat kita. Jamu sebenarnya adalah salah satu jenis supplement atau makanan tambahan juga. Namun yang membezakan jamu dengan vitamin adalah jamu  mengambil masa yang lama untuk diuraikan oleh sistem badan kita demi untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya.

Vitamin
Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik. Sebab itulah, perubatan modern mengiktiraf pengambilan vitamin ini kepada pesakit-pesakit kerana ianya bersifat selamat dan natural kepada tindakbalas tubuh badan.

Shaklee ada menyediakan Set Lengkap Berpantang bagi ibu-ibu yang ingin merasai berpantang cara moden. Set ini lengkap dengan nutrisi khas untuk ibu-ibu berpantang :) 


Set Lengkap Berpantang Shaklee terdiri daripada 6 jenis vitamin seperti dalam gambar di atas. Yang bagusnya set ini boleh digunakan semasa berpantang dan selepas berpantang kerana ia boleh bertahan selama lebih kurang 4 bulan

Jemput baca KEBAIKAN dan KELEBIHAN Set Lengkap Berpantang Shaklee :).  

Vita-Lea With Iron Formula (Zat Besi)
  • Wanita yang dalam pantang sangat disyorkan untuk mengambil Vita-Lea kerana dalam pantang banyak makanan yang tidak boleh dimakan jadi dikhuatiri wanita-wanita ni akan mengalami 'nutrient deficiency' (kekurangan zat/nutrien). Manakala, Vita-Lea Shaklee diformulasikan khusus dengan 28 Vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh orang dewasa lebih2 lagi wanita yang lepas bersalin.
  • Wanita yang lepas bersalin juga banyak kehilangan darah semasa proses melahirkan, oleh itu zat besi yang terkandung dalam Vita-Lea sangat penting bagi pembentukan sel darah merah yang baru. Barulah ibu2 dalam pantang akan nampak berseri dan tidak pucat, tidak letih, tidak lesu atau tidak bermaya. 
  • Zat besi juga penting dalam penyusuan ibu. 
  • Sebagai peringatan, Vita-Lea tidak boleh diambil dengan minuman bersusu. Ini kerana kalsium (dalam susu) akan menghalang penyerapan zat besi. Sebab tulah Ostematrix Shaklee tidak boleh diambil bersama-sama dengan Vita-Lea. Harus dijarakkan masa pengambilan.

B Complex dengan Asid Folik
  • Menstabilkan hormon
  • Juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bagus untuk wanita dalam pantang bagi mengelakkan gangguan emosi seperti meroyan dan sebagainya.
  • Menguatkan antibodi
  • Perlu bagi pemprosesan dan pembaikan sel-sel darah merah. Mencegah anemia.
  • Menukarkan glukosa kepada tenaga. Buat ibu berpantang jadi kurang letih/mengantuk malahan lebih bertenaga

Zinc Complex
  • Tahukah anda bahawa ikan haruan mengandungi kandungan zinc yang tinggi. Jadi Zinc Complex adalah suplemen gantian yang tepat bagi yang tak suka minum pati ikan haruan yang baunya ehemm...
  • Zinc penting dalam proses pemulihan luka-luka luaran/dalaman semasa bersalin
  • Membantu masalah keguguran rambut yang sering dialami wanita lepas bersalin
  • Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.

Vitamin C
  • Menguatkan daya imunisasi tubuh
  • Mambaik pulih tisu sel yang rosak
  • Membantu ibu berpantang cepat pulih dan sihat
  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Memberi tenaga yang berpanjangan kepada wanita berpantang
  • Menggalakkan, mempercepat dan memekatkan susu ibu
  • Penting untuk kelenjar dan tumbesaran
  • Juga mencantikkan kulit. Buat wanita berpantang nampak lebih cantik dan berseri.
  • Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
  • Sebagai MILKBOOSTER

Ostematrix (Kalsium)
  • Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.
  • Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
  • Ostematrix juga membantu melawaskan proses pembuangan. Jadi dapat mencegah ibu-ibu berpantang dari terkena sembelit. 

Ingin berpantang cara moden?


Hubungi saya, 
MIEZA 
✆Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
✉ Email: miezakawai@gmail.com 
Page : https://www.facebook.com/familisihatonline
➲ COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat,
Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya 

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...