This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday 28 February 2014

Testimoni Serta Cara Pengambilan Set Tambah Berat Badan Shaklee

Salam semua :)

Baru-baru ini saya ada menyediakan entry mengenai faktor serta tips untuk membantu anda mendapatkan berat badan ideal di samping pengambilan Set Tambah Berat Badan Shaklee.  Anda boleh baca entrynya DI SINI sebagai panduan.

Penting bagi kita untuk mendapatkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian, kerana apabila tergolong dalam golongan 'underweight' memungkinkan kita mengalami masalah-masalah kesihatan yang lain seperti :-
 
* Sukar untuk hamil
* Mudah diserang penyakit.
* Mudah mengalami esteoporosis/masalah tulang rapuh.

Sebenarnya ramai juga yang bertanya, bagaimanakah cara pengambilan Set Tambah berat Badan ini? Orait! Bagi anda yang telah order tetapi tidak mendapat konsultasi mengenai cara pemakanannya boleh refer di sini yer. Kalau silap cara makan dan tidak mengikut peraturan, silap-silap boleh jadi kurus pula. heee..Bagi yang membuat pembelian dari saya, jangan risau.. konsultasi akan diberikan kepada anda. Baiklah, berikut adalah cara pengamilan Set Tambah Berat Badan untuk anda praktikkan.

Sarapan pagi 
Sarapan perlu diambil setiap pagi. Anda boleh mengambil apa-apa jenis makanan yang disukai contohnya nasi lemak atau nasi goreng. Pastikan anda  mengambil makanan yang berprotein juga seperti ayam, daging, telur, ikan dan lain-lain. 

Selepas mengambil sarapan pagi, minum segelas susu yang telah dibancuh dengan satu (1) sudu besar Mealshaks. 

Kemudian makan satu (1) biji Vitalea (ambil dengan air kosong kerana vitalea tidak boleh diambil bersama susu) 

Minum Pagi
Makan roti atau sebarang jenis kuih-muih. Ambil juga segelas susu.
Kemudian makan satu (1) biji B-Complex (ambil dengan air kosong) 

Makan Tengahari 
Pastikan anda mengambil makanan yang lengkap iaitu nasi, sayur-sayuran, daging/ikan/ayam/telur dan buah-buahan. Makan seperti biasa.
 
Minum Petang 
Makan roti dan minum segelas susu yang dibancuh dengan satu (1) sudu besar mealshake.

Makan Malam 
Makan malam sebaiknya 3 atau 4 jam sebelum tidur. Makan seperti biasa
Kemudian ambil satu (1) sebiji Vitalea dengan air kosong.

Sebelum Tidur 
Makan sekeping roti dan segelas susu.

Dalam proses menambah berat badan, lakukannya secara sihat. Anda perlu berdisplin dengan jadual pemakanan dan lakukanlah exercise/workout dengan kerap. Kurangkan pengambilan makanan berlemak kerana ia merupakan salah satu cara yang salah untuk menaikkan berat badan sebaliknya banyakkan makan makanan berprotein untuk membantu anda membina otot yang mantap disamping makanan tambahan yang diperolehi dari Set Tambah berat Badan tersebut. InsyaAllah anda akan berjaya mendapatkan berat badan idaman. 

Mari lihat testimoni lagi :)


Testimoni Set Tambah Berat Badan

Testimoni Set Tambah Berat Badan

Boleh baca TESTIMONI lain DI SINI.

SELAMAT MENCUBA!!

Hubungi saya sekiranya berminat dengan Set Tambah Berat Badan Shaklee ini.


Hubungi saya;
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

Monday 24 February 2014

[Testimoni] Badan Langsing Dengan Set Kurus Shaklee

Salam semua pengunjung blog myvithealth :) 
Sihat adanya yer, sihat dengan vitamin Shaklee!

Sehari dua juga saya tidak membuat coretan di blog. Al-kisahnya sedang sebok belajar kelas blogging dan tips dari 'mak' bisnez saya untuk menambahbaik penampilan blog ini. Nantikan yer..InsyaAllah..

Tengah-tengah update ni, masuk order 3 botol herblax, 1 omega guard dan 1 canister mealshake. Alhamdulillah.. Ramai yang bersungguh yer nak menurunkan berat badan terutamanya golongan wanita. Tidak dinafikan golongan wanita kini sangat mementingkan penampilan. Adakalanya mereka sanggup berhabis duit menyertai mana-mana program pelangsingan yang menelan belanja ribuan ringgit!

Memandangkan bulan ini fokus saya adalah pada Set Kurus Shaklee, ingin saya utarakan perkongsian Cik Siti Hajjar yang telah berjaya menurunkan berat badannya. Layan gambar dulu.

Testimoni Set Kurus Shaklee

Cik Siti Hajjar mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk menguruskan badan. Ingin saya tekankan bahawa proses menurunkan berat badan bukanlah suatu proses yang mudah dan cepat. Mana tidaknya, kita mengambil masa bertahun-tahun untuk 'membina' badan seperti ini (kecuali kes mengandung), jadi tidak sewajarnya kita mengharapkan penurunan drastik dalam 1 ke 2 bulan sahaja. Dalam tempoh 1 hingga 2 bulan tentu saja ada penurunan jika kita berjaya konsisten dengan corak pemakanan, senaman dan makanan tambahan yang diambil.

Ini tidak ditambah lagi  dengan 'stagnant period' yang sememangnya menjadi punca kebanyakan mereka yang berdiet akan putus asa.

*Nota : 'Stagnant period' adalah tempoh di mana berat badan tidak berubah langsung atau berat badan turun naik di satu nombor sahaja. Jangan risau kerana badan anda sedang mengalami pembentukan bentuk badan (shape on).

POLA PENURUNAN BERAT BADAN SECARA UMUM

Setiap individu mempunyai tubuh badan yang berbeza. Jadinya, sangat PENTING untuk mengetahui pola penurunan berat badan supaya anda tidak mudah putus asa.

(1) Berat turun dahulu kemudian body shape on
Kebanyakan daripada mereka yang berdiet idamkan pola seperti ini di mana berat badan turun dahulu kerana sudah menjadi sebati dengan diri kita yang diet bermakna berat badan turun. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini akan mula turun berat badan dalam kuantiti yang agak besar sebelum masuk ke peringkat stagnant period.

Selalunya mereka yang berbadan besar serta perlu kurangkan berat badan dalam 10-20kg akan tergolong dalam kumpulan ini

(2) Berat badan TIDAK berubah kemudian berat turun
Kumpulan ini akan mula merasakan mereka kehilangan inci tapi jarum penimbang tidak menunjukkan sebarang penurunan berat badan. Ramai yang kecundang kerana tidak sabar. Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, anda perlu teruskan program diet seperti biasa tanpa mengubah sebarang rutin diet.  


Dah tau sedikit sebanyak mengenai pola penurunan berat badan kan? So, jangan cepat mengalah okey! Mari kita lihat Set Kurus Shaklee yang Cik Siti Hajjar amalkan.

ESP, LECITHIN, ALFALFA COMPLEX & OMEGA GUARDTestimoni Set Kurus Shaklee
Testimoni Set Kurus Shaklee

Fungsi setiap vitamin di atas:

Lecithin
- Bertindak sebagai pembersih salur darah dan membantu metabolisma lemak dan kolesterol dalam tubuh.
 

Alfalfa Complex 
- Mengurangkan toksin dalam badan, merendahkan kolestrol, mengandungi enzim pentung untuk penghadaman makanan, kaya dalam nutrisi dan mineral surih dan melegakan rasa kebas dan sakit sendi.

Omega Guard:
- Mematikan gen penyimpanan dan menghidupkan gen pembakar lemak. 

- Meningkatkan serotonin ke otak - membuatkan anda lebih tenang, mengurangkan keinginan makan. 
- Menghalang penyerapan gula, jadi kandungan gula dalam darah tidak meningkat dan membuatkan anda kurang lapar dan kenyang dengan lebih lama.
 

ESP
- Membina dan memperbaharui kembali otot dan kulit supaga lebih cantik dan tegang - tidak menggeleber.
- Memberi rasa kenyang yang lama.
- Meningkatkan tenaga - badan lebih cergas untuk melakukan sesuatu. 

Anda berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee??

Hubungi saya;
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

Thursday 20 February 2014

[Testimoni Set Tambah Berat Badan Shaklee] Saya Berjaya Tambah Berat Badan! Pipi Dah Tak Nampak Tulang lagi :-)


Salam semua :)

Masalah kurang berat badan jarang dibincangkan dan diberi perhatian oleh masyarakat pada masa sekarang. Ini adalah kerana, fokus lebih terarah kepada masalah berat badan yang mengundang pelbagai penyakit. Ramai yang mengeluh berat badan berlebihan, tetapi tahukah anda ramai juga yang gundah gulana kerana badan terlalu kurus! Stigma masyarakat sering menganggap orang yang terlalu kurus adalah orang yang sakit". 

Anda yang terlalu kurus! jangan bimbang, kerana Shaklee ada menyediakan Set Tambah Berat Badan Shaklee untuk membantu anda. Jadi mulai sekarang, anda boleh amalkan Set Tambah Berat Badan untuk mengelak dari di'bahan' kawan-kawan atau ahli keluarga contohnya "makan dah banyak tapi kerempeng jugak" atau "makan banyak macam bela hantu raya, badan tak jugak gemok jugak! heee.. macam-macam lagi la. 

Jom tengok testimoninya.. 



Testimoni Set Tambah Berat Badan


Testimoni Set Tambah Berat Badan


Puan Intan dan suami berjaya menaikkan berat badan dengan mengamalkan Set Tambah Berat Badan Shaklee. Berat asal beliau adalah 36kg sahaja. Aduhaii! kurus betol kan! Walaupun berat badan bertambah kepada 50kg semasa mengandung, berat turun semula kepada berat asal selepas berpantang. Berikut adalah catatan berat badan beliau;

28.10.2013 - Berat 36kg (berat asal)
11.1.2014 - Berat bertambah kepada 39.3kg
Manakala suami beliau juga berjaya menaikkan berat badan daripada 53kg kepada 55kg

Testimoni Set Tambah Berat Badan

Pada sesetengah orang, mungkin tidak jadi masalah untuk menaikkan berat badan. Makan banyak sikit, badan sudah naik bagai di pam-pam. tetapi tidak bagi mereka yang mengalami masalah kekurangan berat badan ni yer. Puan Intan dan suami terus mencuba untuk mendapatkan berat badan ideal. Semoga berjaya!!

Inilah Set Tambah Berat Badan Shaklee yang diamalkan oleh Puan Intan dan suami; 

Set Tambah Berat Badan

Apa fungsi Mealshakes, BComplex dan Vitalea?

MealShakes - membekalkan 35% atau lebih nilai harian, mengandungi 19 vitamin dan mineral penting. Ianya sumber makanan instant yang kaya kalsium, fiber dan protein. Rasanya enak seperti Vanilla Icecream, atau Milk Shakes

Vitalea - membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron (penting dalam pembentukan sel darah merah). Ia banyak membantu mencantikkan kulit, kuku, rambut dari segi internal, ia juga membantu mengurangkan kebarangkalian kita mengidap penyakit tiroid. Ia juga membantu memberi badan yang sihat dan bertenaga.

BComplex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting. Ia dapt mengawal kadar metabolisma badan, dan mempertingkatkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan. 

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai masalah kurang berat badan, sila rujuk DI SINI.

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi produk yang sesuai mengikut budget dan keperluan anda.

Hubungi saya;
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

Wednesday 19 February 2014

Kurang Berat Badan : Ketahui Faktor Serta Tips Untuk Membantu Anda Mendapatkan Berat Badan Ideal

Salam sihat kepada pengunjung blog myvitahealth :-)

Anda terlalu kurus melidi? Adalah menjadi sesuatu yang merungsingkan jika berat badan anda dibawah BMI yang sepatutnya. Untuk mengetahui samada anda kekurangan berat badan, anda perlu mengira BMI (Body Mass Index)/Index Berat Badan untuk menentukan samada anda mempunyai berat badan ideal atau sebaliknya.

BMI digunakan untuk mengira berat badan keseluruhan individu, bukan mengukur  lemak yang berlebihan pada badan.

Cara pengiraannya : BMI = berat badan (kg)/( tinggi)² (m)
Peringkat / Kelas
Index Berat Badan (BMI)
Kurang berat badan
<18.5
Berat badan normal
18.5-24.9
Berlebihan berat badan (grade 1)
25.0-29.9
Obese (grade 2)
>30
Obese risiko maut (grade 3)
>40

Apakah yang yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?
  • Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah kurang daripada 18.5 kg/m2.
  • Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.
  • Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia"), masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid) atau berpenyakit.
  • Anda yang mempunyai kurang berat badan ini juga  berisiko tinggi untuk mendapat beberapa masalah seperti senang mendapat penyakit, susah untuk sembuh jika sakit (reduce immune function), hormon tak stabil (haid tiada atau tidak teratur), osteoporosis, cepat letih, kurang tumpuan dan kekurangan zat.

Faktor Kurang Berat Badan
Metabolisme yang tinggi (Metabolic disorder)
Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kekurangan berat badan. Ini disebabkan oleh kesan daripada Hyperthyroidism. Komplikasi ini mungkin terjadi secara semula jadi atau disebabkan komplikasi daripada penyakit-penyakit lain. 

Ubat-ubatan
Pengambilan ubat-ubatan juga menjadi punca berlakunya kurangnya berat badan. Ubat-ubatan ini tidak termasuk dengan ubat yang dicipta untuk menjadi kurus. Elakkan daripada mengambil ubat yang mengandungi stimulan. Ambil hanya jika perlu sahaja. 

Penyakit kronik (sama ada didiagnosis atau belum)
Bagi sesiapa yang mempunyai penyakit-penyakit kronik, anda berpeluang untuk mempunyai berat badan yang kurang. Antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan berlakunya kurang berat badan adalah Tuberculosis, sakit jantung, keradangan (pada sistem pencernaan), penyakit pada organ pencernaan, mempunyai parasit dalam pencernaan dalam badan, HIV atau AIDS.

Masalah Psikologi
Dari segi psikologi, mereka yang kurang berat badan mungkin menghidapi bulimia iaitu mengeluarkan semula makanan yang telah diambil dengan apa cara jua sekalipun. Manakala, kurangnya berat badan boleh terjadi disebabkan anda mengalami anoreksia iaitu gejala kurang nafsu atau kurang berselera pada makanan kerana masalah psikologi. Tekanan perasaan atau stres juga boleh menyebabkan penyusutan berat badan sehingga berat badan menjadi susut secara mendadak. 

Gaya Hidup
Lihat pada gaya hidup anda. Jika anda seorang yang malas atau kurang melakukan senaman berat, anda berpotensi tinggi untuk mengalami masalah kurang berat badan. Selain itu, kemiskinan menjadi punca kekura ngan berat badan kerana kandungan zat yang rendah dalam tubuh badan.

Gaya pemakanan yang tidak sihat dan seimbang turut membawa kepada kurangnya berat badan, antaranya makan tidak mengikut waktu dan kurang mengambil maka nan yang berkalori. Selain itu, tabiat merokok kalangan lelaki juga menyebabkan masalah ini berlaku. 
Kandungan nikotin dalam rokok menjadikan tahap kelaparan berkurangan dan menyebabkan anda menjadi ketagih untuk merokok seterusnya tidak berselera untuk makan. 

Faktor Genetik
Kekurangan berat badan juga boleh diwarisi. Ada sesetengah individu mewarisi saiz daripada keturunan mereka. Berdasarkan faktor genetik, usaha untuk menambah berat badan perlu dilipat gandakan. Bagi anda yang kurang berat badan, tetapi mewarisi masalah perut buncit daripada keturunan, anda perlu berhati-hati akan risiko terhadap penyakit-penyakit lain. 

Tips untuk meningkatkan berat badan (BMI <18.5 kg/m2)
  • Tingkatkan pengambilan kalori atau kuantiti makanan dari biasa. Contohnya, letak marjerin dalam setiap hidangan makanan termasuk roti, lempeng, bijirin sarapan pagi, nasi goreng, atau sayur. Selain itu, boleh diletakkan cheese atau krim dalam hidangan harian untuk tingkatkan pengambilan kalori. Untuk roti, bolehlah diletakkan mentega kacang. Untuk susu,digalakkan mengambil susu penuh krim dan elakkan susu rendah lemak atau tanpa lemak. Susu juga boleh diambil dalam pelbagai perisa seperti coklat, strawberry atau vanilla kerana ia lebih tinggi kalori daripada susu biasa.
  • Jika kuantiti menjadi masalah, ambillah makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Instead of 3 hidangan sehari, ambillah 6-8 hidangan kecil sehari. Ini kerana, selera sesetengah orang akan menurun apabila melihat hidangan dalam kuantiti yang banyak yang menyebabkan mereka merasa muak. Selain itu, kurangkan pengambilan makanan berkuah seperti sup. Ini kerana ia akan menyebabkan seseorang itu cepat kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori.
  • Exersice atau aktiviti fizikal boleh membantu stimulate selera makan. Jadi, lakukan sedikit aktiviti fizikal seperti berjalan laju atau jogging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini akan membantu meningkatkan selera seseorang. Selain itu ia akan membantu menukarkan makanan yang dimakan kepada otot berbanding disimpan sebagai lemak. Exercise yang disarankan adalah “weight-lifting” seperti dumbbell dan “aerobic exercise” seperti berbasikal, berjalan laju dan berenang.
  • Semasa makan, seseorang akan lebih berselara jika makan beramai-ramai daripada makan seorang diri. Oleh itu, elakkan makan berseorangan. Ajaklah kawan atau keluarga untuk makan bersama.
  • Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.  
  • Anda juga boleh mengambil nutritional supplement jika perlu.

Jika anda mengalami masalah kurang berat badan, anda boleh cuba Set Tambah Berat Badan Shaklee yang terdiri daripada Mealshake, BComplex dan Vitalea;

Set Tambah Berat Badan

Selamat menambah berat badan! Dapatkan berat badan ideal anda!

Hubungi saya;
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

Monday 17 February 2014

Berat Badan Turun, Masalah Sembelit Semakin Baik, Kolestrol Pula Normal dengan Set Kurus Shaklee

Salam sihat kepada semua pengunjung blog myvitahealth :)

Salah satu harapan saya bila buat business Shaklee ialah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan kesihatan serta membantu orang di luar sana untuk meningkatkan tahap kesihatan serta penampilan dan keyakinan luaran mereka. Tidak ketinggalan juga kepentingan pengambilan vitamin semulajadi setiap hari untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat :)

Baiklah, entry kali ini saya akan berkongsi kegembiraan salah seorang pengguna yang telah mendapat hasil berganda hasil dari pengambilan Set Kurus Shaklee. Kenapa saya cakap berganda? kerana beliau bukan sahaja dapat menguruskan dan mengekalkan bentuk badan tetapi juga dapat mengatasi masalah kesihatan yang beliau hadapi. Apa-apapun kite tengok dulu gambar terkini beliau!

Testimoni Lecithin & Herblax
Pengambilan Set Kurus Budget Shaklee iaitu Lecithin dan Herblax selama 2-3 bulan telah memberi manfaat kepada beliau;

1. Berat badan turun dari 66-68kg kepada 58kg!
2. Masalah sembelit semakin baik
3. Bintik kolestrol di mata disebabkan oleh masalah kolestrol yang tinggi dapat diatasi
4. Tahap kolestrol kembali normal 
5. Inch loss
6. Berat badan kekal normal 

Banyak kan?? Boleh baca perkongsian beliau ;-


Testimoni Lecithin & Herblax

Pada anda yang ingin kurus, yakinlah dengan rangkaian suplemen Shaklee kerana ia telah  berada di dalam pasaran lebih dari 50 tahun dan telah melalui ujian klinikal untuk memastikan produk yang berkualiti, selamat dan berkesan. Semuanya 100% semulajadi tanpa pewarna, perasa dan pengawet tiruan. Boleh baca lanjut DI SINI.

Inilah Set Kurus Budget Shaklee yang beliau amalkan.

Lecithin & herblax

Lecithin  : Bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Disamping untuk pengurusan berat badan, ia juga membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease dan arteri yang mengeras.

Herblax : Detox usus, berfungsi mencuci usus secara menyeluruh. Ia meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. Sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit. 

Disamping mengamalkan vitamin Shaklee, anda juga boleh mengamalkan TIPS-TIPS MENGURUSKAN BADAN DI SINI. Nak tengok DEMO dan TESTIMONI pula, boleh lihat DI SINI.
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi produk yang sesuai mengikut budget dan keperluan anda. 

KURUS, SIHAT & CANTIK DENGAN SHAKLEE!

Hubungi saya;
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...