Salam semua pengunjung blog myvithealth :)
Sihat adanya yer, sihat dengan vitamin Shaklee!
Sehari dua juga saya tidak membuat coretan di blog. Al-kisahnya sedang sebok belajar kelas blogging dan tips dari 'mak' bisnez saya untuk menambahbaik penampilan blog ini. Nantikan yer..InsyaAllah..
Tengah-tengah update ni, masuk order 3 botol herblax, 1 omega guard dan 1 canister mealshake. Alhamdulillah.. Ramai yang bersungguh yer nak menurunkan berat badan terutamanya golongan wanita. Tidak dinafikan golongan wanita kini sangat mementingkan penampilan. Adakalanya mereka sanggup berhabis duit menyertai mana-mana program pelangsingan yang menelan belanja ribuan ringgit!
Memandangkan bulan ini fokus saya adalah pada Set Kurus Shaklee, ingin saya utarakan perkongsian Cik Siti Hajjar yang telah berjaya menurunkan berat badannya. Layan gambar dulu.
Cik Siti Hajjar mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk menguruskan badan. Ingin saya tekankan bahawa proses menurunkan berat badan bukanlah suatu proses yang mudah dan cepat. Mana tidaknya, kita mengambil masa bertahun-tahun untuk 'membina' badan seperti ini (kecuali kes mengandung), jadi tidak sewajarnya kita mengharapkan penurunan drastik dalam 1 ke 2 bulan sahaja. Dalam tempoh 1 hingga 2 bulan tentu saja ada penurunan jika kita berjaya konsisten dengan corak pemakanan, senaman dan makanan tambahan yang diambil.
Ini tidak ditambah lagi dengan 'stagnant period' yang sememangnya menjadi punca kebanyakan mereka yang berdiet akan putus asa.
*Nota : 'Stagnant period' adalah tempoh di mana berat badan tidak berubah langsung atau berat badan turun naik di satu nombor sahaja. Jangan risau kerana badan anda sedang mengalami pembentukan bentuk badan (shape on).
POLA PENURUNAN BERAT BADAN SECARA UMUM
Setiap individu mempunyai tubuh badan yang berbeza. Jadinya, sangat PENTING untuk mengetahui pola penurunan berat badan supaya anda tidak mudah putus asa.
(1) Berat turun dahulu kemudian body shape on
Kebanyakan daripada mereka yang berdiet idamkan pola seperti ini di mana berat badan turun dahulu kerana sudah menjadi sebati dengan diri kita yang diet bermakna berat badan turun. Mereka yang tergolong dalam kumpulan ini akan mula turun berat badan dalam kuantiti yang agak besar sebelum masuk ke peringkat stagnant period.
Selalunya mereka yang berbadan besar serta perlu kurangkan berat badan dalam 10-20kg akan tergolong dalam kumpulan ini
(2) Berat badan TIDAK berubah kemudian berat turun
Kumpulan ini akan mula merasakan mereka kehilangan inci tapi jarum penimbang tidak menunjukkan sebarang penurunan berat badan. Ramai yang kecundang kerana tidak sabar. Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, anda perlu teruskan program diet seperti biasa tanpa mengubah sebarang rutin diet.
Dah tau sedikit sebanyak mengenai pola penurunan berat badan kan? So, jangan cepat mengalah okey! Mari kita lihat Set Kurus Shaklee yang Cik Siti Hajjar amalkan.
Fungsi setiap vitamin di atas:
Lecithin
- Bertindak sebagai pembersih salur darah dan membantu metabolisma lemak dan kolesterol dalam tubuh.
Alfalfa Complex
- Mengurangkan toksin dalam badan, merendahkan kolestrol, mengandungi enzim pentung untuk penghadaman makanan, kaya dalam nutrisi dan mineral surih dan melegakan rasa kebas dan sakit sendi.
Omega Guard:
- Mematikan gen penyimpanan dan menghidupkan gen pembakar lemak.
- Meningkatkan serotonin ke otak - membuatkan anda lebih tenang, mengurangkan keinginan makan.
- Menghalang penyerapan gula, jadi kandungan gula dalam darah tidak meningkat dan membuatkan anda kurang lapar dan kenyang dengan lebih lama.
ESP
- Membina dan memperbaharui kembali otot dan kulit supaga lebih cantik dan tegang - tidak menggeleber.
- Memberi rasa kenyang yang lama.
- Meningkatkan tenaga - badan lebih cergas untuk melakukan sesuatu.
Anda berminat untuk mencuba Set Kurus Shaklee??
Hubungi saya;
Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)
0 comments:
Post a Comment