Sunday 2 February 2014

Vita-Lea Shaklee : Salah Satu Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Mahathir

Salam..

Disebabkan bulan ini Promosi VITA-LEA, saya sebenarnya teringat salah satu perkongsian di FBPage saya tentang VITA-LEA a.k.a. multivitamin di awal-awal pembabitan saya dengan Shaklee. Apa yang menariknya ialah perkongsian berkenaan adalah mengenai perihal mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir yang mengamalkan VITA-LEA SETIAP HARI. Lupakan soal politik, saya secara peribadi sangat mengagumi beliau sebagai salah seorang tokoh yang amat berjasa kepada Malaysia waima umurnya hampir mencecah 90 tahunpun masih mampu menyumbang idea dan nasihat yang bernas.

Terkenang pula saya semasa penganjuran Seminar 30 Tahun Dasar Pandang Ke Timur dua tahun lepas dimana saya adalah salah seorang daripada Ahli Jawatankuasanya. Berpeluanglah juga saya untuk bertemu, bersalaman dan bergambar dengan beliau. Beliau sangat humble! saya tidak akan melupakan memori itu sampai bila-bila :-)



Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu? Bagaimana beliau mampu mengekalkan kesihatan dan adakah beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah hampir 90 tahun?

Berikut adalah 5 Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Mahathir untuk mendapatkan kesihatan yang baik sehingga ke usia emas;
Credit : sususejat

1 - Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.


PROMOSI FEBRUARI VITA-LEA

2 - Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

3 - Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

4 - Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).


“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itulah 5 Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 pada 1997. 

Jadi bagaimana? inginkah anda mengekalkan kesihatan seperti Tun Mahathir? Amalkan 5 Rahsia Kekal Sihat yang diamalkan oleh beliau. InsyaAllah...


Hubungi saya, 
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
 Email: miezakawai@gmail.com 
 COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya


Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...