Salam sihat kepada pengunjung blog myvitahealth :-)
Anda terlalu kurus melidi? Adalah menjadi sesuatu yang merungsingkan jika berat badan anda dibawah BMI yang sepatutnya. Untuk mengetahui samada anda kekurangan berat badan, anda perlu mengira BMI (Body Mass Index)/Index Berat Badan untuk
menentukan samada anda mempunyai berat badan ideal atau sebaliknya.
BMI digunakan
untuk mengira berat badan keseluruhan individu, bukan mengukur lemak yang berlebihan pada badan.
Cara pengiraannya : BMI =
berat badan (kg)/( tinggi)² (m)
Peringkat / Kelas
|
Index Berat
Badan (BMI)
|
Kurang berat badan
|
<18.5
|
Berat badan normal
|
18.5-24.9
|
Berlebihan berat badan (grade 1)
|
25.0-29.9
|
Obese (grade 2)
|
>30
|
Obese risiko maut (grade 3)
|
>40
|
Apakah yang yang dimaksudkan dengan kekurangan berat badan ?
- Kurang berat badan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) adalah kurang daripada 18.5 kg/m2.
- Anda mungkin sihat tetapi anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi.
- Anda mungkin mengalami kekurangan berat badan kerana masalah gangguan pemakanan ("anorexia/bulimia"), masalah perubatan yang berkaitan (masalah tiroid) atau berpenyakit.
- Anda yang mempunyai kurang berat badan ini juga berisiko tinggi untuk mendapat beberapa masalah seperti senang mendapat penyakit, susah untuk sembuh jika sakit (reduce immune function), hormon tak stabil (haid tiada atau tidak teratur), osteoporosis, cepat letih, kurang tumpuan dan kekurangan zat.
Faktor Kurang Berat Badan
Metabolisme
yang tinggi (Metabolic disorder)
Seseorang
yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi akan menyebabkan berlakunya
kekurangan berat badan. Ini disebabkan oleh kesan daripada Hyperthyroidism.
Komplikasi ini mungkin terjadi secara semula jadi atau disebabkan komplikasi
daripada penyakit-penyakit lain.
Ubat-ubatan
Pengambilan
ubat-ubatan juga menjadi punca berlakunya kurangnya berat badan. Ubat-ubatan
ini tidak termasuk dengan ubat yang dicipta untuk menjadi kurus. Elakkan
daripada mengambil ubat yang mengandungi stimulan. Ambil hanya jika perlu
sahaja.
Penyakit kronik (sama ada didiagnosis atau belum)
Bagi
sesiapa yang mempunyai penyakit-penyakit kronik, anda berpeluang untuk
mempunyai berat badan yang kurang. Antara penyakit kronik yang boleh
menyebabkan berlakunya kurang berat badan adalah Tuberculosis, sakit jantung,
keradangan (pada sistem pencernaan), penyakit pada organ pencernaan, mempunyai
parasit dalam pencernaan dalam badan, HIV atau AIDS.
Masalah
Psikologi
Dari segi
psikologi, mereka yang kurang berat badan mungkin menghidapi bulimia iaitu
mengeluarkan semula makanan yang telah diambil dengan apa cara jua sekalipun.
Manakala, kurangnya berat badan boleh terjadi disebabkan anda mengalami
anoreksia iaitu gejala kurang nafsu atau kurang berselera pada makanan kerana
masalah psikologi. Tekanan perasaan atau stres juga boleh menyebabkan
penyusutan berat badan sehingga berat badan menjadi susut secara
mendadak.
Gaya Hidup
Lihat pada
gaya hidup anda. Jika anda seorang yang malas atau kurang melakukan senaman
berat, anda berpotensi tinggi untuk mengalami masalah kurang berat badan.
Selain itu, kemiskinan menjadi punca kekura ngan berat badan kerana kandungan
zat yang rendah dalam tubuh badan.
Gaya
pemakanan yang tidak sihat dan seimbang turut membawa kepada kurangnya berat
badan, antaranya makan tidak mengikut waktu dan kurang mengambil maka nan yang
berkalori. Selain itu, tabiat merokok kalangan lelaki juga menyebabkan masalah
ini berlaku.
Kandungan
nikotin dalam rokok menjadikan tahap kelaparan berkurangan dan menyebabkan
anda menjadi ketagih untuk merokok seterusnya tidak berselera untuk
makan.
Faktor Genetik
Kekurangan
berat badan juga boleh diwarisi. Ada sesetengah individu mewarisi saiz daripada
keturunan mereka. Berdasarkan faktor genetik, usaha untuk menambah berat badan
perlu dilipat gandakan. Bagi anda yang kurang berat badan, tetapi mewarisi
masalah perut buncit daripada keturunan, anda perlu berhati-hati akan risiko
terhadap penyakit-penyakit lain.
Tips untuk meningkatkan berat badan (BMI <18.5 kg/m2)
- Tingkatkan pengambilan kalori atau kuantiti makanan dari biasa. Contohnya, letak marjerin dalam setiap hidangan makanan termasuk roti, lempeng, bijirin sarapan pagi, nasi goreng, atau sayur. Selain itu, boleh diletakkan cheese atau krim dalam hidangan harian untuk tingkatkan pengambilan kalori. Untuk roti, bolehlah diletakkan mentega kacang. Untuk susu,digalakkan mengambil susu penuh krim dan elakkan susu rendah lemak atau tanpa lemak. Susu juga boleh diambil dalam pelbagai perisa seperti coklat, strawberry atau vanilla kerana ia lebih tinggi kalori daripada susu biasa.
- Jika kuantiti menjadi masalah, ambillah makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Instead of 3 hidangan sehari, ambillah 6-8 hidangan kecil sehari. Ini kerana, selera sesetengah orang akan menurun apabila melihat hidangan dalam kuantiti yang banyak yang menyebabkan mereka merasa muak. Selain itu, kurangkan pengambilan makanan berkuah seperti sup. Ini kerana ia akan menyebabkan seseorang itu cepat kenyang dan mengurangkan pengambilan kalori.
- Exersice atau aktiviti fizikal boleh membantu stimulate selera makan. Jadi, lakukan sedikit aktiviti fizikal seperti berjalan laju atau jogging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini akan membantu meningkatkan selera seseorang. Selain itu ia akan membantu menukarkan makanan yang dimakan kepada otot berbanding disimpan sebagai lemak. Exercise yang disarankan adalah “weight-lifting” seperti dumbbell dan “aerobic exercise” seperti berbasikal, berjalan laju dan berenang.
- Semasa makan, seseorang akan lebih berselara jika makan beramai-ramai daripada makan seorang diri. Oleh itu, elakkan makan berseorangan. Ajaklah kawan atau keluarga untuk makan bersama.
- Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.
- Anda juga boleh mengambil nutritional supplement jika perlu.
Jika anda mengalami masalah kurang berat badan, anda boleh cuba Set Tambah Berat Badan Shaklee yang terdiri daripada Mealshake, BComplex dan Vitalea;
Selamat menambah berat badan! Dapatkan berat badan ideal anda!
Hubungi saya;
MIEZA
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com
Page : familisihatonline
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling JayaNota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)
0 comments:
Post a Comment