This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label Vitalea. Show all posts
Showing posts with label Vitalea. Show all posts

Sunday, 2 February 2014

Vita-Lea Shaklee : Salah Satu Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Mahathir

Salam..

Disebabkan bulan ini Promosi VITA-LEA, saya sebenarnya teringat salah satu perkongsian di FBPage saya tentang VITA-LEA a.k.a. multivitamin di awal-awal pembabitan saya dengan Shaklee. Apa yang menariknya ialah perkongsian berkenaan adalah mengenai perihal mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Mahathir yang mengamalkan VITA-LEA SETIAP HARI. Lupakan soal politik, saya secara peribadi sangat mengagumi beliau sebagai salah seorang tokoh yang amat berjasa kepada Malaysia waima umurnya hampir mencecah 90 tahunpun masih mampu menyumbang idea dan nasihat yang bernas.

Terkenang pula saya semasa penganjuran Seminar 30 Tahun Dasar Pandang Ke Timur dua tahun lepas dimana saya adalah salah seorang daripada Ahli Jawatankuasanya. Berpeluanglah juga saya untuk bertemu, bersalaman dan bergambar dengan beliau. Beliau sangat humble! saya tidak akan melupakan memori itu sampai bila-bila :-)



Mungkin sejak akhir-akhir ini kesihatan beliau sedikit terganggu, barangkali berkait rapat juga dengan pembedahan pintasan koronari pertama yang dijalani beliau pada Januari 1989 (Hospital Besar Kuala Lumpur) dan kedua pada September 2007 (Institut Jantung Negara). Namun begitu secara fizikalnya tidak dapat disangkal lagi beliau masih kekal tip-top bergiat aktif dalam menyampaikan pendapat selain berkunjung ke beberapa konvensyen-konvensyen yang dianjurkan. Apa rahsia beliau sebenarnya sehingga tampak begitu? Bagaimana beliau mampu mengekalkan kesihatan dan adakah beliau juga punya rahsia tersendiri untuk kekal sihat meskipun usianya kini sudah hampir 90 tahun?

Berikut adalah 5 Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Mahathir untuk mendapatkan kesihatan yang baik sehingga ke usia emas;
Credit : sususejat

1 - Makan Multivitamin
Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus ambil sebiji pil Multivitamin setiap hari. Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan pengambilan 1 pil multivitamin jenama “Shaklee” setiap hari.


PROMOSI FEBRUARI VITA-LEA

2 - Tidak menghisap rokok
Siapa bersetuju rokok itu menyihatkan? Terdapat pendapat mengatakan rokok menyihatkan/menyegarkan tubuh badan jika diambil dalam kadar yang betul. Rokok juga berkait rapat dengan peningkatan kadar metabolisma dan sesuai diambil sebagai pemanas badan jika anda menetap di negara beriklim sejuk.

Info ini hanya kelihatan “sahih” dan boleh diterima-pakai jika tembakau yang digunakan datang 100% daripada daun tembakau, dan bukan seperti rokok-rokok komersial yang telah diperkayakan dengan bahan-bahan kimia yang entah dari mana dikutip, juga pengambilannya haruslah bersebab (akal) dan bukannya kerana ketagihan (nafsu).

3 - Tidak minum arak
Selain daripada keburukan yang dimiliki, terdapat juga yang bersetuju arak itu bermanfaat kepada tubuh badan jika diambil dalam kuantiti dan cara yang betul. Kajian terkini menunjukkan wine merah mengandungi phenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk kesihatan kardiovaskular. Fakta ini mungkin ada benarnya, namun tidak bermaksud menggalakkan anda semua untuk meminum arak, kerana arak itu sudah jelas haram di sisi Islam.

4 - Makan secara bersederhana
Masihkah anda ingat pada pesan Nabi “berhenti makan sebelum kenyang”? Makan secara bersederhana tidak terhad kepada kuantiti makanan yang diambil, tetapi juga kualiti makanan yang masuk kedalam mulut anda.

5 - Tidur secara mencukupi
Tidur ini seakan-akan butang reset manusia. Cuma konsepnya tidaklah semudah menekan butang reset sesuatu mesin yang hanya mengambil tempoh beberapa saat, tetapi memakan masa sekitar 7-10 jam sehari (pada waktu malam), bergantung kepada gaya hidup individu tersebut (mereka yang aktif seperti atlit sukan memerlukan tidur yang lebih lama berbanding individu biasa).


“Pendek kata kalau kita amalkan cara hidup yang sihat.. tidak mengguna rokok, terutama rokoklah dan arak, kita boleh sedikit sebanyak (mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik), yang lain semua (penyakit) kurniaan Tuhanlah.. kita tak tahu..” – Tun Dr. Mahathir Mohamad

Itulah 5 Rahsia Kekal Sihat Cara Tun Mahathir yang disiarkan dalam rancangan “Segar” yang diterbitkan oleh TV3 13 pada 1997. 

Jadi bagaimana? inginkah anda mengekalkan kesihatan seperti Tun Mahathir? Amalkan 5 Rahsia Kekal Sihat yang diamalkan oleh beliau. InsyaAllah...


Hubungi saya, 
MIEZA 
✆Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
✉ Email: miezakawai@gmail.com 
➲ COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya


Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

VITA-LEA Shaklee : Milikinya Dengan Harga PROMOSI

Salam semua,

Alhamdulillah dah masuk bulan Februari. Rasa baru sangat kita menyambut tahun baru kan? Betullah, masa memang tak menunggu kita. Siapa cepat, siapa pantas, di akan ke depan. Yang lambat, alamatnya ketinggalan. Tu sebenarnya nak beri semangat pada diri sendiri agar lebih fokus dalam apa jua yang saya usahakan. 


Lama bercuti sempena Chinese New Year ni tidak bermakna saya kena bercuti juga. Urusan bisnes online memang tidak pernah berhenti, 24 jam sehari, Urusan COD juga masih berjalan seperti biasa :) 


Ada dua perkara menarik bulan ini;

Perkara 1
Shaklee telah mengumumkan bahawa harga produk suplemen Shaklee di Sabah dan Sarawak telah diturunkan mengikut kadar di Semenanjung. Makna katanya, harga setiap suplement diselaraskan. Wow!! Sekarang harga barang-barang keperluan kebanyakannya naik mendadak tapi TIDAK bagi Shaklee. Pihak syarikat turunkan harga di Sabah & Sarawak agar semuanya sama rata, agar semuanya dapat merasai kebaikan setiap vitamin dan mendapat manfaat kesihatan yang diidamkan. Sekarang anda boleh berbelanja produk Shaklee sambil berjimat. Untung ke tak??

Perkara 2
Sempena bulan baru, bulan Februari.. ramai yang tertunggu-tunggu PROMOSI bulan ini. Ada antara customer saya awal-awal hantar message bertanyakan promosi bulan ni. Hamboii, ini betol-betol tak sabar! heeeeee..


Hanya Shaklee sahaja yang buat PROMOSI setiap bulan tau! Inilah masanya jika ada dikalangan anda yang mempunyai kekangan bajet untuk mencuba vitamin yang anda inginkan. Untuk pengetahuan semua, PROMOSI bulan Februari adalah VITA-LEA ataupun dikenali sebagai MULTIVITAMIN.


BUY 6 GET 1 FREE 
Harga dari RM8x menjunam kepada RM7x
Jika anda nak murah lagi? BOLEH....
Caranya mudah saya, sila hubungi saya SEGERA

Memandangkan Vita-Lea dalam HARGA PROMOSI, ini bermakna semua Set yang mengandungi Vita-Lea turun harga!! Mari lihat set-set yang berkenaan :-


# Set Hamil
# Set Kesuburan
# Set Family Welness
# Set Berpantang
# Set Diabetes
# Set Tambah Berat Badan
# Set Penyusuan 3M
# Set Tenaga
# Set Nutrisi


Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Vita-Lea, boleh baca DISINI.

Sekiranya anda berminat, sila hubungi saya :-)

Hubungi saya, 
MIEZA 
✆Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
✉ Email: miezakawai@gmail.com 
➲ COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya


Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

Saturday, 23 November 2013

Vita-Lea Multivitamin Terbaik


Multivitamin & Multimineral
Multi yang Hebat 

Tahukan anda bahawa Vitalea merupakan multivitamin pertama dicipta didunia yang dihasilkan pada tahun 1915? Ia bakal mencapai usia 100 tahun pada 2015 nanti.
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.




Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa. 

Penggunaan harian, Vita Lea boleh;
- Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
- Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
- Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
- Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Perbezaan Shaklee

Kemajuan Saintifik 
Disokong oleh tujuh kajian klinikal 

Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif 
Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 

Kualiti yang luar biasa
Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan.

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*

Apa manfaat utama VITA-LEA Shaklee?
- Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
- Membantu sistem memori dan fokus
- Merupakan pelengkap nutrisi
- Meningkatkan sistem produktif terutama bagi remaja yang sedang membesar
- Membantu dalam stimulasi metabolisma
- Membantu melambatkan proses penuaan
- Menyediakan nutrisi asas, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
- Membantu proses tumbesaran
- Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, hati 

Siapa Memerlukan Multivitamin?
- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang- Individu yang tidak lengkap diet hariannya
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
- Remaja yang sedang membesar
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
- Individu yang menopous
- Wanita yang baru bersalin

Credit : Cery Mamafaiz

Anda ingin cuba tak?

Hubungi saya, 
MIEZA 
✆Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
✉ Email: miezakawai@gmail.com 
➲ COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...