S. Apakah Vivix™?
J. Vivix adalah suatu minuman campuran polifenol yang ekslusif dan hebat dari
Shaklee. Dalam proses mendapatkan patent, Vivix mengandungi ramuan yang melalui
kajian makmal menunjukkan kesan POSITIF ke atas 4 kunci mekanisma penuaan sel.
Ini termasuklah membantu melindungi dan membaiki kerosakan DNA, menggalakkan
kelewatan penuaan sel, menyokong penghasilan tenaga mitokondria dan melambatkan
pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products).*
Vivix
juga:
Menyokong
kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular*
Menyokong
kesihatan otak*
Menyokong
sistem pertahanan badan*
Melindungi
kesihatan sendi*
Memberi
perlindungan antioksidan bagi melawan radikal bebas*
Mengoptimumkan
kesihatan keseluruhan*
Menambahkan
tenaga sel*
S. Siapakah yang patut mengamalkan Vivix?
J. Sesiapa sahaja (dewasa) yang mengambil berat tentang penuaan sel dan mementingkan
kesihatan yang optimum.* Pengambilan Vivix
tidak digalakkan untuk wanita yang sedang mengandung dan menyusukan anak, atau
remaja di bawah usia 18 tahun (kerana tiada ujian klinikal dijalankan ke atas
golongan ini).
S. Apakah resveratrol?
J. Resveratrol adalah suatu bahan semulajadi yang boleh didapati daripada
sesetengah jenis tumbuhan, buah-buahan, benih, anggur dan produk-produk
berasaskan anggur seperti wine merah. Berdasarkan ujian-ujian makmal di seluruh
dunia, resveratrol dibuktikan mempunyai sifat polifenol dan antioksidan yang
berpotensi untuk membaiki kualiti kesihatan dan kehidupan. Malah, berdasarkan
kajian makmal yang terkini, resveratrol dipercayai dapat melawan penuaan
sel. Kajian ini juga mendapati bahawa
resveratrol mengaktifkan pengatur genetik yang memanjangkan laluan sel, yang
mungkin dapat memberi kesan positif terhadap DNA, kesihatan sel dan
metabolisma.*
S. Berapa banyak kandungan resveratrol di dalam Vivix?
J. Vivix mengandungi 100 mg resveratrol dalam setiap satu sudu teh. Ekstrak
resveratrol yang terdapat di dalam Vivix terdiri daripada 98% resveratrol
semulajadi dan kuantiti ini disokong oleh kajian dan penemuan saintifik
terkini. Tetapi Vivix bukanlah hanya resveratrol semata-mata. Ia juga
dikombinasikan bersama campuran polifenol tambahan yang bakal dipatentkan,
termasuklah dari satu-satunya anggur yang mempunyai ekstra kromosom berbanding
anggur-anggur yang lain, iaitu anggur Muscadine. Kajian makmal mendapati
gabungan kedua-dua bahan unik ini memberikan impak positif terhadap empat kunci
mekanisma penuaan sel dan 10 kali ganda lebih berkesan dalam melambatkan
pembentukan protein AGE berbanding jika hanya terdiri daripada resveratrol
sahaja. *
S. Apakah
polifenol?
J. Polifenol adalah sekumpulan fitokimia atau fitonutrien yang terdapat pada
tumbuh-tumbuhan dan berpotensi untuk
memberikan kebaikan antioksidan dan anti-penuaan sel. Malah, penemuan
terbaru melaporkan bahawa polifenol boleh mendatangkan pelbagai kesan biologi yang
konsisten dalam menyokong dan menambah baik kesihatan manusia.*
S. Adakah Vivix satu produk antioksidan?
J. Vivix mengandungi ramuan polifenol yang telah dibuktikan dalam ujian makmal
memberi kesan positif terhadap empat mekanisma utama dalam penuaan sel dan
dengan itu ia bertindak lebih dari sekadar memberi sokongan antioksidan. *
S. Adakah Vivix sejenis minuman jus dan apa
perbezaannya berbanding dengan produk jus yang lain yang berada di pasaran?
J. Tidak, Vivix adalah sejenis
supplement tonik pekat ekslusif yang memberikan khasiat resveratrol yang
terasli dan mengandungi ekstrak polifenol yang tinggi yang diambil dari anggur
Muscadine. Keunikan campuran polifenol ini turut mengandungi ramuan yang
dibuktikan melalui ujian makmal dapat menangani mekanisma utama penuaan sel.* Setiap satu sudu teh Vivix memberi khasiat
resveratrol setanding dengan kuantiti yang terdapat dalam 100 gelas wine merah.
S. Bila seharusnya saya mengambil Vivix?
J. Amalkan satu sudu tehVivix setiap
hari, disarankan selepas makan, seperti sarapan pagi atau makan tengah hari.
Goncang dahulu botol sebelum makan. Simpan Vivix yang sudah dibuka ataupun
belum di dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegaran dan kualitinya.
S. Bolehkah saya mengambil Vivix lebih dari satu
sudu teh?
J. Berdasarkan
kepada kajian terbaru, pengambilan Vivix lebih dari satu sudu teh tidak
menambahkan apa-apa kebaikan.
S. Bolehkah Vivix diambil bersama supplemen
Shaklee yang lain?
J. Vivix boleh diambil dengan semua supplement Shaklee.
S. Adakah
Vivix mengandungi alkohol?
J. Vivix tidak mengandungi alkohol dan mendapat pengesahan sijil
halal.
*Kenyataan
ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA). Produk ini tidak
bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit.
------------------------------------------
MIEZA
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com
COD Area : Bandar Mahkota Cheras | Bandar Tun Razak | BTHO | Cheras | Hulu Langat | Kajang | Universiti Malaya | Petaling Jaya