This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label INFO DAN TIPS KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label INFO DAN TIPS KESIHATAN. Show all posts

Thursday, 6 March 2014

Sihat Ketika Jerebu : Tingkatkan Sistem Imun dengan Set Family Wellness dan Nutriferon Shaklee

Salam semua,

Sejak beberapa hari lalu kita dilanda jerebu yang teruk khusunya di kawasan Petaling Jaya. Saya bekerja di Universiti Malaya, pejabat pula di atas bukit memang pemandangan kabur dilitupi jerebu. Tengahari memang tidak kemana, hanya duduk di pejabat sahaja. Tapi alhamdulillah, mungkin kerana saya mengamalkan vitamin shaklee setiap hari, saya jarang diserang demam yang teruk. Perlu persiapkan diri, bukan apa.. kalau sudah demam, banyak pula kerja yang tertangguh kan.

Semalam, semasa sedang menyemak email, saya terima satu email kiriman Unit Keselamatan & Kesihatan, UM yang menerangkan sedikit info mengenai masalah jerebu. Bagus juga ni, bukan apa, kalau saja-saja nak cari maklumat di Portal Kementerian Kesihatan Malaysia, rasanya memang tak dicari. Jom saya share sedikit informasi mengenai jerebu yang boleh kita jadikan panduan :)

Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
- Pembakaran Secara Terbuka
- Asap Dari Kilang
- Asap Dari Kenderaan


Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan :-




Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.


Untuk makluman anda, rekod indeks pencemaran udara di Petaling Jaya pada 4 Mac 2014, adalah sebanyak 123* (Tidak sihat).

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA


Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

- Kanak-kanak
- Orang tua
- Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung, alahan
- Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Selain dari langkah-langkah di atas, anda juga boleh mengambil vitamin untuk meningkatkan daya ketahanan badan supaya tidah mudah jatuh sakit. Pengambilan Set Family Wellness mampu menguatkan sistem imun anda disamping mengekalkan kesihatan sedia ada.


Anda juga boleh mengamalkan NutriferonShaklee untuk meningkatkan sistem imun tubuh!


Untuk keterangan lanjut, konsultasi percuma dan HARGA ISTIMEWA, hubungi saya :)

Hubungi saya;
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

Monday, 30 December 2013

Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat


Kita selalu disarankan untuk tidur awal di antara tujuh hingga lapan jam setiap hari.

Tapi mampukah kita melakukannya lantaran kesibukan menguruskan kerja-kerja seharian? Apabila tidur dah lewat, tentunya agak susah untuk bangun pada pagi keesokan harinya. Jom ketahui keburukan tidur lewat dan bangun lambat



Keburukan Tidur Lewat Dan Bangun Lambat
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita. Punca utama kerosakan hati adalah:

1.    Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama

2.    Tidak buang air kecil di pagi hari.

3.    Terlalu banyak makan.

4.    Tidak mengambil sarapan.

5.    Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.

6.    Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.

7.    Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.

8.    Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Kurangkan makan makanan segera, lagi-lagi jika anda jenis yang berjaga waktu malam sehingga lewat pagi.



Mari kita lihat bagaimana tubuh kita berfungsi

Malam (9pm – 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.


Malam di (11pm-1am)
: Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.


Tengah malam (1am – 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.


Tengah malam (3am – 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.


Awal pagi (5am – 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.


Pagi (7am – 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.


Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.
 
Cara Mengatasi Masalah Tidur
Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain. 

Kosongkan Fikiran Dari Semua Perkara
Biasanya anda susah untuk tidur kerana disebabkan oleh pemikiran anda sendiri. Anda mungkin menghadapi banyak masalah yang sentiasa berlegar-legar dalam fikiran anda. Ianya pasti mengganggu tidur anda yang boleh menyebabkan anda susah untuk mendapat tidur yang baik. Jadi, anda perlu mengatasi masalah ini. Anda hendaklah cuba untuk mengosongkan fikiran anda dari apa sahaja perkara. Memang agak sukar untuk melakukannya tapi anda boleh cuba melakukannya. Cuba lupakan sekejap segala masalah, jangan fikirkan perkara negatif, dan berfikirlah dengan tenang. Apabila fikiran anda mulai tenang, anda pasti akan dapat tidur dengan baik. 

Tetapkan Waktu Tidur Sama Setiap Malam
Waktu tidur adalah penting dalam memberikan tidur yang baik kepada seseorang. Jika anda menghadapi masalah tidur maka anda perlu menetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Jika pada malam ini anda tidur jam 11 malam, esok pun anda kena tidur pada waktu yang sama. Begitulah juga pada hari-hari yang seterusnya. Ianya bagi menetapkan satu tabiat dalam diri anda untuk tidur pada waktu itu. Jika diamalkan selalu, pemikiran anda telah ditetapkan untuk tidur pada masa tersebut. 

Pastikan Tempat Tidur Nyaman Dan Selesa
Faktor persekitaran amatlah mempengaruhi tidur seseorang. Tempat tidur yang baik akan dapat memberikan tidur yang baik juga kepada kita. Anda sudah tentu sekali akan merasa tidak selesa tidur jika tempat tidur anda itu kotor, berbau busuk, basah dan macam-macam lagi. Ianya boleh mengganggu keselesaan anda tidur. Oleh itu pastikan tempat tidur anda itu bersih dan selesa. Untuk lebih keselesaan pasang la kipas supaya anda tidak berasa panas semasa tidur. 

Elakkan Dari Bunyi Bising
Bunyi yang terlalu bising boleh menganggu tidur seseorang. Bagi saya sendiri, adalah sukar untuk tidur jika keadaan sekeliling yang bising. Saya pasti anda juga mengalami situasi yang sama. Anda perlu elakkan dari tidur dalam keadaan yang bising. Kalau boleh tutup terus sumber bunyi-bunyi yang bising seperti lagu-lagu yang anda pasang di radio, handphone dan laptop anda. Jika anda mahu juga anda boleh pasang dalam kadar tidak terlalu kuat. Mungkin lagu-lagu yang anda minat boleh membantu anda melelapkan mata anda. Jika anda mendengar bacaan zikir dan Al Quran itu adalah lebih baik. 

Tutup Semua Sumber Cahaya
Cahaya yang terang adalah salah satu faktor yang menyebabkan anda sukar untuk tidur. Sumber cahaya yang terlalu terang akan menyebabkan anda susah untuk melelapkan mata. Bagi mengatasi masalah susah untuk tidur, anda hendaklah tidur dalam keadaan yang gelap. Tutup semua lampu dalam bilik anda kalau boleh. Tidur dalam gelap akan lebih cepat untuk anda melelapkan mata. 

Baca Doa Sebelum Tidur
Tidurlah dalam keadaan yang tenang dan mendapat keberkatan dari Allah. Itulah yang kita mahukan. Banyakkan berzikir dan berdoa sebelum tidur supaya diberikan ketenangan oleh Allah. Lupakan segala kerungsingan dalam diri anda dan banyakkan mengingati Allah. Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang. 

Masalah susah untuk tidur akan dapat diatasi jika anda berusaha untuk mengatasinya. Ianya bergantung kepada diri anda bagaimana anda mengatasi masalah tidur yang anda hadapi. Setiap orang pasti mempunyai cara mereka yang berbeza dengan orang lain. 

Credit : harianislam.com

Thursday, 7 November 2013

PETUA AWET MUDA & MENGGEBUKAN KULIT BADAN

Haiii..
Cepatnya masa berlalu.. Sebulan dua nanti nak masuk tahun baru.. Umur pula semakin menginjak! huhuhu...Tapi tak kisah la kan, yang penting kesihatan dan kecantikan dijaga sentiasa. Meh saya kongsikan beberapa petua kecantikan yang boleh diamalkan. Kalau rajin lerrr.. Disamping Vitamin2 Shaklee yang kita ambil, apa salahnya kite buat juga petua2 tradisional ni. Mana tau kesannya berganda kan?? Jom tengok petua nie:-



PETUA AWET MUDA UNTUK WAJAH
Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun saya rasa la tak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.
 

MENGGEBUKAN & MENCERAHKAN KULIT BADAN
Hampas kelapa yang ada jangan dibuang. Ambil hampas kelapa dan apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali. Lepastu mulakan sesi menyental. Buatlah 2 minggu sekali. Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit nampak lebih cerah dan bercahaya. Yalah kan. Kita ni setiap hari terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran. Terutama sekali bagi kita-kita yang kena bawa kereta sendiri/naik bas/naik motorsikal. So, kenalah jaga kesihatan dan kulit kita, baik dari dalam atau luaran. Nak tip top lagi?? Jom ambil Shaklee Collagen Powder!! heeeee


SELAMAT MENCUBA *_~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...