Thursday, 7 November 2013

PETUA AWET MUDA & MENGGEBUKAN KULIT BADAN

Haiii..
Cepatnya masa berlalu.. Sebulan dua nanti nak masuk tahun baru.. Umur pula semakin menginjak! huhuhu...Tapi tak kisah la kan, yang penting kesihatan dan kecantikan dijaga sentiasa. Meh saya kongsikan beberapa petua kecantikan yang boleh diamalkan. Kalau rajin lerrr.. Disamping Vitamin2 Shaklee yang kita ambil, apa salahnya kite buat juga petua2 tradisional ni. Mana tau kesannya berganda kan?? Jom tengok petua nie:-



PETUA AWET MUDA UNTUK WAJAH
Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun saya rasa la tak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.
 

MENGGEBUKAN & MENCERAHKAN KULIT BADAN
Hampas kelapa yang ada jangan dibuang. Ambil hampas kelapa dan apply pada seluruh kulit badan termasuk leher sekali. Lepastu mulakan sesi menyental. Buatlah 2 minggu sekali. Hasilnya memang memberangsangkan. Kulit nampak lebih cerah dan bercahaya. Yalah kan. Kita ni setiap hari terdedah kepada cahaya matahari dan pencemaran. Terutama sekali bagi kita-kita yang kena bawa kereta sendiri/naik bas/naik motorsikal. So, kenalah jaga kesihatan dan kulit kita, baik dari dalam atau luaran. Nak tip top lagi?? Jom ambil Shaklee Collagen Powder!! heeeee


SELAMAT MENCUBA *_~

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...