Thursday, 7 November 2013

AIR & VITAMIN

Sharing! Sharing & Sharing!!


Anda suka minum air putih/kosong?? ramai yang suka, tetapi lebih ramai lagi yang tidak menyukainya. Sebab air berperisa lebih sedap rasanya kan? Sebenarnya air manis boleh meningkatkan kepekatan darah & menyebabkan kegemukan. Tambahan pula dgn gaya hidup yang sebuk, memang tiada masa nak bersenam!

Tahukah anda bahawa tabiat tidak suka meminum air kosong akan mempengaruhi keberkesanan vitamin yang diambil?? Sebab itulah sering terdengar statement-statement sebegini "Alaa, bukannya elok vitamin ni! makan banyak takde kesan pon! harap mahal je lebey!" 


Adoihaiiii!! tentu ada sebab jika vitamin yang diambil tidak berkesan kan? Sebabnya adalah kerana ramai antara kita yang mengambil vitamin tidak melengkapkan rutin meminum air kosong 2 atau 3 liter sehari. Oleh yang demikian, minumlah air putih yang mencukupi setiap hari bagi membantu penyerapan vitamin/nutrisi dgn lebih baik. 

Berikut adalah cara minum air kosong dengan betol supaya ia mampu meningkatkan kesihatan kita. Cuba amalkan :)

CARA MINUM AIR YANG BETUL 


Sebenarnya, terdapat 3 cara minum air yang mampu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan? Kalau selama nie anda minum air tanpa sebarang panduan, cubalah praktikkan amalan berikut:

1. Semasa meminum segelas air, cuba anda amalkan minum dengan 3 kali teguk. Elakkan daripada minum sekali teguk atau senafas.

2. Elakkan daripada meniup air yang nak diminum. Ya, walaupun ianya adalah air panas. Biarkan ia sejuk seketika, kemudian barulah minum.

3. Jangan bernafas di dalam gelas atau cawan atau mug yang anda tengah minum.

Haa.. kan senang tu. Ada sesiap pernah buat tak cara minum yang betul ni. Jika masih belum, mulalah sekarang! Jom kita ubah tabiat cara minum.Tujuannya supaya ia bukan saja untuk menghilangkan dahaga tapi mampu memberi manfaat kepada tubuh badan.

Chayok! chayok!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...