Wednesday 29 January 2014

Testimoni ESP dan Vitamin E Shaklee : Jerawat Batu Susut! Mengecut!

Salam semua,

Kronikkah masalah JERAWAT?

Ya!! jerawat adalah dikategorikan sebagai penyakit kronik yang dihidapi oleh hampir 80% individu di negara kita. Ianya dianggap kronik kerana jerawat mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat. Jerawat ini pula ada bermacam-macam jenis tau!

Bagi anda yang mengalami masalah jerawat, saya suka sarankan anda untuk mengamalkan Set Skincare Shaklee yang lengkap dengan nutrisi-nutrisi tambahan untuk mendapatkan kulit yang sihat. Set Skincare Shaklee ini sangat berkesan tau!

Jom lihat TESTIMONI
Mengamalkan ESP dan Vitamin E Shaklee
Hasil penggunaan selama dua minggu
Pengambilan konsisten secara berterusan, pasti hasilnya lebih melethopss!!!!

Testimoni ESP dan Vitamin E


Kulit makin bersih, parut jerawat pudar, muka makin cerah!


Testimoni ESP dan Vitamin E

Disamping pengambilan vitamin Shaklee secara berterusan, anda juga perlu ketahui punca-punca jerawat untuk dijadikan panduan. Jangan main langgar jer tau! Anda baca info yang saya dapat dari blog Dr. Hasseenah. Semoga bermanfaat untuk anda semua :)

Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Berikut adalah punca-punca yang menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.

* Hormon & Jerawat

Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.

* Bakteria & Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

* Pemakanan & Jerawat

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.

* Stress dan Jerawat

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

* Alat Solek & Jerawat

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.

* Matahari & Jerawat

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

* Pakaian & Jerawat

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

Dah tau kan? jadikan maklumat di atas sebagai panduan untuk mengelak dari masalah jerawat yer. Berbalik kepada TESTIMONI tadi, berikut adalah vitamin yang Customer ni amalkan :)

ESP dan Vitamin E

Jangan lupa 'click' untuk membaca TESTIMONI berkaitan di bawah nie yer :)
1. Parut Kemalangan tak berjaya cacatkan penampilan saya!
2. ESP bereskan masalah gatal-gatal tangan dengan efektif
3. Wajah kelam dan kusam! Tak menarik dipandang mata!
4. Jerawat yang berterabur di muka dah pudar dan mengecut! 

Anda berminat nak cuba?


Hubungi saya, 
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
 Email: miezakawai@gmail.com 
 COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya


Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...