Sunday, 19 January 2014

Vitamin E dan GLA Complex Shaklee Pudarkan Parut dan Keloid

Pernahkah anda mengalami masalah parut yang menebal di bahagian tubuh badan contohnya seperti parut suntikan BCG? Kalau anda ingin tahu, itulah KELOID. Untuk makluman pembaca, parut terbahagi kepada pelbagai kategori di mana parut keloid adalah salah satu darinya.

Parut keloid merupakan parut yang tebal dan tumbuh melebihi daripada bahagian luka asal. Biasanya, parut ini akan tumbuh di luar kawasan luka yang sedia ada dan menjadi kekal. Secara umum, parut jenis ini berwarna merah jambu atau merah dan lama-kelamaan warnanya bertambah gelap. Keloid berlaku apabila tubuh terus menghasilkan kolagen iaitu tisu-tisu parut yang keras selepas luka sembuh. 

Keloid boleh menimbulkan masalah yang menyebabkan individu terbabit menghadapi masalah kegatalan yang berterusan sama ada pada waktu malam atau siang. Masalah kegatalan berterusan menyebabkan individu kerap menggaru bahagian yang gatal hingga mengakibatkan luka lama di bahagian tersebut terkena jangkitan kuman.

Terdapat faktor-faktor yang menyebabkan luka menjadi parut keloid seperti:

  • Genetik - sekiranya individu terbabit mempunyai sejarah keluarga yang menghadapi masalah keloid.
  • Tahap kecederaan - sekiranya kecederaan tersebut besar dan menembusi ke dalam lapisan kulit, terdapat kemungkinan luka tersebut menjadi keloid.
  • Hormon - peningkatan hormon pada peringkat remaja dan kehamilan menyebabkan golongan ini lebih kerap mendapat keloid berbanding semasa zaman kanak-kanak atau peringkat usia lanjut.
Mari lihat perkongsian Puan Nor Ramli mengenai rakannya yang mengalami masalah keloid Kesan keloid ke atas kulit;


Jom lihat perkongsian Puan Nor Ramli mengenai rakannya yang mengalami masalah keloid


Pengambilan Vitamin E dan GLA Complex secara konsisten terbukti berkesan memudarkan dan mengurangkan parut keloid dari menjadi tebal. Masalah keloid yang dihadapi rakan Puan Nor beransur-ansur pudar dalam tempoh sebulan.

Jika anda mengalami masalah yang sama, anda juga boleh cuba Vitamin E dan GLA Complex sebagai salah satu ikhtiar.

Tips mudah : Gunakan fabrik yang ketat iaitu dengan menekan parut selama 24 jam setiap hari dalam tempoh enam hingga 12 bulan. Kaedah ini dapat membantu meratakan parut yang tebal. 
------------------------------------------
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
------------------------------------------
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya
Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...