Salam semua,
ANDA MENGALAMI MASALAH KEPUTIHAN? Ramai wanita beranggapan keputihan ini adalah sesuatu yang normal bagi wanita. Tetapi secara kita tidak sedar, penyakit ini telah membelenggu ramai wanita. Saya kongsikan sedikit info ringkas mengenai permasalahan ini untuk dijadikan panduan semua.
Apakah itu keputihan?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. Anda perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.
Keputihan normal
Dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan anda. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang anda sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.
Keputihan abnormal
Berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Punca keputihan abnormal
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal. ingin tahu apakah dia?Antaranya ialah:
1. Anda terlalu penat
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan
3. Jangkitan
Ketahui pula jenis jangkitan
Sekiranya merasakan keputihan abnormal anda berlaku kerana jangkitan, segeralah mengenalpasti jenis jangkitannya agar lebih mudah untuk anda mencari penawarnya.
1. Kurap Candidas atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.
2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.
3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.
4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.
5. Benda asing
Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.
http://remaja.karangkraf.com/
Keburukan keputihan
1. Mengganggu keharmonian rumahtangga. Masalah keputihan tidak menjejaskan kesuburan seseorang wanita tetapi jika keputihan itu menjadi serius, hubungan seksual antara suami isteri akan terjejas. Lelehan keputihan yang teruk dan bau yang tidak menyenangkan akan mengendurkan nafsu suami untuk bersama. Radang pada faraj juga menyebabkan isteri merasa sakit dan tidak selesa bila bersama suami.
2. Jangkitan kepada bayi di dalam kandungan. Wanita mengandung adalah di antara mereka yang senang diserang oleh masalah keputihan. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen. Ini meyebabkan kulat lebih mudah membiak kerana dinding faraj lebih lembab. Secara purata, kira-kira 80% wanita hamil mengalami masalah ini.
Tindakan Pencegahan Masalah Keputihan secara Umum
Ada banyak langkah-langkah sederhana yang boleh anda amalkan dalam kehidupan seharian untuk mengelak jangkitan bakteria:
- Gunakan air sejuk untuk mencuci bahagian sulit secara menyeluruh. Jangan douch terlalu kerap kerana ada risiko jangkitan akan cenderung menuju ke arah dalam rahim semula dan bukannya semua akan dicuci keluar.
- Elakkan semburan wangian, antiseptik lotion, krim berubat antibiotik dan sabun wangi serta sebarang pencuci genital yang mengandungi bahan kimia . Benda ini mengganggu keseimbangan bakteria sihat pada vagina dan mengurangkan pelindungan semulajadi terhadap keasidan dibahagian sulit anda.
- Elakkan memakai sanitary pad yang mempunyai herbal atau perfume kerana sesetengah dari anda mungkin allergic kepada bahan-bahan itu dan berkemungkinan akan mengganggu keseimbangan vagina juga.
- Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai yis dan gula
- Digalakkan supaya memakai seluar dalam yang diperbuat kain cotton kerana ia akan membolehkan kulit anda untuk bernafas.
- Elakkan memakai seluar jeans ketat, seluarstokin, pakaian berenang, leotards atau seluar pendek yg ketat untuk jangka masa yang lama.
- Mengawal stress supaya tidak menjejaskan tahap immunisasi badan untuk melawan sebarang jangkitan bakteria.
- Pastikan pasangan anda menjaga kebersihan diri terutamanya sebelum melakukan hubungan intim bersama.
- Jika anda memerlukan cecair pelincin untuk melakukan seks, gunakan bahan semulajadi atau jelly yang larut air, tidak sesuatu dari sumber lain.
- Jangan melakukan seks rambang.
Pepatah Melayu menyebut
"Mencegah adalah lebih baik dari merawat"
Jika anda ingin melihat dan merasai perbezaannya, kenalah cuba dulu, baru tau :)
Untuk membaca TESTIMONI, sila click disini.
Hubungi saya,
Untuk membaca TESTIMONI, sila click disini.
Hubungi saya,
MIEZA
✆Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
✉ Email: miezakawai@gmail.com
➲ COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya
Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)
0 comments:
Post a Comment