Saya kongsikan di sini untuk anda ketahui 25
kebaikan Vitamin C untuk badan, kulit dan rambut:
1.
Imunisasi/Daya Tahan Badan
Pengambilan dos yang
betul dapat melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara
kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat
luka serta memelihara badan dari bakteria, virus dan jangkitan. Vitamin C juga boleh melindungi kulit dari dirosakkan
oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.
2. Demam
Biasa
Vitamin C
dapat mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan
dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan,
selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia
mengurangkan paras histamin dan mempercepatkan proses penyembuhan demam.
3. Anti-oksida
3. Anti-oksida
Vitamin C
adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari
radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia
boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang
boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.
4. Tekanan
Darah Tinggi
Vitamin C
boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena
penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan
tekanan darah tinggi.
5. Saluran
Darah
Vitamin C
memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini
boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan
sakit dada.
6.
Keracunan Plumbum
Vitamin C
membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan
plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.
Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di
kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang
dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.
7. Untuk
Kurus
Vitamin C
dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal.
Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C
dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya
dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan
makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping
menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan
sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.
8. Tekanan
Vitamin C
membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan
kortisol yang tinggi.
9. Katarak
Pupil mata
kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C
boleh menyebabkan katarak yang menyebabkan
penglihatan kabur dan seterusnya menjadi buta. Pengambilan 1000mg Vitamin C dapat menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke
mata seterusnya mempertingkatkan
penglihatan.
10. Barah
Ciri-ciri
anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan
mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan
fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia
juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut,
tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan
semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah
mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya
boleh melawan sel barah.
11.
Tenaga
Vitamin C
mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan
dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan
tenaga dalam badan.
12. Sakit
Jantung
Vitamin C
menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari
merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini
menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.
Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C.
13.
Diabetes
Pesakit
diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana ia mengawal paras
gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan
Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi
diabetes.
14. Asma
Mereka
yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan
Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang
menyebabkan keradangan.
KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KULIT
15.
Perlindungan dari Matahari
Vitamin C
melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada
cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C
melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya
matahari. Vitamin C
mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya
boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.
16.
Penghasilan Kolagen
Kolagen
adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat
molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna
tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya.
Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda
penuaan.
17.
Penyembuhan Luka
Badan
menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan
luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin
C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi
penyembuhan yang cepat.
18.
Melindungi dari Perubahan Warna Kulit
Vitamin C
melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan
warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan
Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).Vitamin C
juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu
kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
19.
Memperbaiki Tekstur Kulit
Kolagen
juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu
sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan
nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit
akan jadi kasar dan kering. Ia juga
meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel
kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah
pada kulit dan menjadikan kulit gebu.
KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK RAMBUT
20.
Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Kekurangan Vitamin C menjadi punca utama pelbagai masalah rambut.
Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang.Radikal
bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada
glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia
nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri
antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan
kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting
untuk melindungi dari radikal bebas.
Mereka
yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat
dan lebat.
21. Melawan
Kelemumur
Folikel
rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh
merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut.
Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur
dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala
dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.
22.
Mengurangkan Keguguran Rambut
Vitamin C
melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur
dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah
punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.
23. Rambut
yang Lebat
Vitamin C
membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting
bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.
24.
Melawan Masalah Rambut
Vitamin C
adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan
yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah
botak bagi lelaki.
25.
Mengelak dari Uban
Vitamin C
bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna
asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.
http://www.stylecraze.com
http://www.stylecraze.com
Lihatlah betapa banyaknya manfaat yang akan kita perolehi kesan dari pengambilan Vitamin C secara berterusan. Pengambilan Vitamin C sangat digalakkan demi mendapatkan kesihatan yang baik dan sempurna. Anda sihat, keluarga bahagian dan ceria!!
KENAPA VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE PERLU JADI PILIHAN ANDA??
Kenapa??
Ya! kerana Vitamin C Sustained Released adalah BERKESAN, SELAMAT DAN
SEMULAJADI! Kebanyakan Vitamin C yang terdapat dipasaran adalah vitamin
sintetik dan tidak mempunyai bioflavonoids.
Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak
seperti vitamin C yang sebenar.
Bioflavonoids adalah
pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia
membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu
sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada
bioflavonoids ;-)
Hubungi saya,
MIEZA
✆Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
✉ Email: miezakawai@gmail.com
➲ COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya
Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)
0 comments:
Post a Comment