This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label HFMD. Show all posts
Showing posts with label HFMD. Show all posts

Monday, 5 May 2014

Kenali Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD)


Masih ingatkah anda mengenai wabak penyakit Tangan Kaki dan Mulut atau dikenali sebagai HFMD tidak lama dulu sehinggakan meragut 30 nyawa di Sarawak?? Jangan pandang ringan yer, tak mustahil wabak penyakit ni boleh menyerang lagi. Jadi, eloklah kita persiapkan diri dengan sedikit info menyenainya. Sekurang-kurangnya kita tau apa nak dilakukan kelak.

Definisi dan Penyebab
HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.

Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-
. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Perawatan HFMD
HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.
Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.

Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.

Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Jangan Panik
Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Semoga anda dapat manfaat dari info ni yer..

Credit
---------------------------
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Sunday, 4 May 2014

Mealshakes dan ESP Shaklee Membantu Mempercepatkan Proses Pemulihan Kulit Selepas dan Semasa Penyakit Tangan, Kaki & Mulut (HFMD) Yang Dihadapi Anak Saya ~ Puan Norliza

Jom! jom! kite share TESTIMONI lagi

Untuk testimoni MEALSHAKES kali ini ada bersangkut paut dengan PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT ATAU HFMD.


Pernah dengar kan? Ibu bapa haruslah peka dengan tahap kesihatan anak masing-masing yer. Jika anak anda mengalami demam panas, sering menangis, air liurnya meleleh, tidak berselera untuk makan serta minum, sila bawa anak anda berjumpa doktor segera. Walaupun keadaan tersebut merupakan gejala-gejala biasa bagi masalah sakit kerongkong, mahu tumbuh gigi dan juga jangkitan telinga, perlu juga berhati-hati dan jangan memandang ringan tanda-tanda berkenaan kerana ianya adalah salah satu daripada kumpulan simptom ini yang biasanya terlepas pandang iaitu, ulser mulut, merupakan antara tanda utama penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pakar Runding Pediatrik (kanak-kanak), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Dr. Mazidah Abd. Rasid berkata, HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus. Walaupun nampak biasa saja tetapi perlu berhati-hati yer kerana penyakit ini pernah menjadi endemik di Sarawak dan Johor sesuatu ketika dahulu dan menyebabkan lebih 30 kematian!!

TESTIMONI PENGGUNA
Perkongsian Puan Norliza adalah tentang anaknya yang pernah mengalami penyakit HFMD. “Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin tau! 

Puan Norliza telah memberikan anak beliau Mealshakles dan ESP Shaklee. Menurut beliau, selepas HFMD, kulit anaknya banyak yang menggelupas. Ikuti kisahnya..
TESTIMONI MEALSHAKES DAN ESP UNTUK PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

Kandungan protein yang terdapat dalam Mealshakes dan ESP Shaklee membantu mempercepatkan proses pemulihan kulit. Lihat picture tu keadaan kulit Wafa beransur pulih.



Bulan ni PROMOSI MEALSHAKES SHAKLEE, BUY 6 FREE1!!
Hubungi saya untuk mendapatkan stock Mealshake anda!
Ready stock, insyaAllah


---------------------------
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...