This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label VITAMIN C SUSTAINED RELEASE. Show all posts
Showing posts with label VITAMIN C SUSTAINED RELEASE. Show all posts

Monday, 1 December 2014

Promosi Berkembar Shaklee Bulan Disember 2014 : Dapatkan Vitamin C Sustained Release & Vitamin E Shaklee dengan Harga Promosi Segera!

Salam.. 
Hai semua.. semoga sihat adanya yer. Ya Allah, sekejap jer kita telah melangkah ke bulan baru, bulan Disember. So, apa nak ditunggu lagi? Masok bulan baru, maknanyer ada promosi baru dari Shaklee lah yer. Bulan ni sangat istimewa kerana Shaklee baik hati buat promosi dua produk serentak! 

Siapa nak hilangkah parut dan nak kembalikan seri wajah dari kusam, inilah masanya untuk anda grab kedua-dua vitamin di bawah!
Berbaloi sangat jika anda dapatkan kedua-dua vitamin ni semasa promosi.
Sebotol Vitamin E ada 120 biji > tahan sehingga 4 bulan
Sebotol Vitamin C ada 180 biji > tahan sehingga 6 bulan

Ingin tahu apakah kepentingan Vitamin C untuk kulit, badan dan rambut kite? jom baca infonya DI SINI.
Nak tau kepentingan Vitamin E pula, boleh baca DI SINI yer. 

Kedua-dua vitamin ini sangat tinggi antioksidannya. Ini bermakna ia sangat sesuai untuk anda yang ingin menjaga kesihatan dan kelihatan sentiasa muda dengan kulit yg mulus.. Ape lagi? jangan tunggu lama-lama. Hubungi saya segera untuk harga super best!


-------------------------------------
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Instagram : miezakawai_agen_shaklee_cheras
Email : miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
 ------------------------------------------
COD Area : Bandar Mahkota Cheras | Bandar Tun Razak | BTHO | Cheras | Hulu Langat | Kajang | Universiti Malaya | Petaling Jaya


http://myvitahealth.blogspot.com/2014/03/cara-mendaftar-sebagai-agenpengedar_24.html

Thursday, 5 June 2014

Testimoni Vitamin C Shaklee : Tak Perlu Panadol, Demam Senang Kebah, Kulitpun Cantik, Anjal & Glowing!


Salam semua..

Aduhaii..seminggu dua ni cuaca agak tidak menentu. Kadang-kadang panas, pastu hujan, then panas balik. Haaihh!! kalau nak membohjan masa weekend, memang perlu pastikan ampaian baju tu ditolak ke tempat 'selamat'. Kalau tidak kena basoh semula la jawabnya. Masa sebegini la banyak sindrom demam dan selsema menyerang. Kalau rasa macam nak demam tu cepat-cepatlah telan Vitamin C Shaklee, insyaAllah tak jadi demam. Bagus ke tak Vitamin C ni?

Untuk makluman, Vitamin C sangat bagus yer kerana ia berperanan dalam pembentukan kolagen yang membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta membantu penyerapan zat besi. Makne katanyer, sistem imunisasi kita bertambah baik tau! Demam sudah nak lekat. Selain itu, tingginya kandungan antioksidan pada vitamin C juga dapat menangkis radikal bebas dari merosak sel-sel dalam tubuh. Kulit pon anjal berseri melantun-lantun! Ahaks! So, apa lagi, jom! saya nak share beberapa testimoni pengguna yang ambil Vitamin C Shaklee dalam menu harian mereka :-

#Testimoni 1 
Testimoni Vitamin C Shaklee
 Testimoni Vitamin C Shaklee


Lihat wajah Cik Fieza, kulitnya makin cerah dan liang roma dah nak tertutup. Kulit nampak bersih sentiasa. Beliau telah ambil Vitamin C dan Vitamin E selama tiga bulan cuma baru-baru ni pulak beliau ambil ESP sebagai tambahan. 

#Testimoni 2 
Testimoni Vitamin C Shaklee
Cik Noor ni pula ambil Vitamin C dan Alfalfa sebab ada resdung. Tengok apa beliau kata? "Kalau saya macam nak demam, cepat2 cari vitamin C. Within 40 minit, tekak dah tak sakit" Baguskan Vitamin C Shaklee, tak perlu telan panadol. bukannya elok sangat. Ambil jer Vitamin C. Banyak kebaikan yang anda dapat.

#Testimoni 3
Testimoni Vitamin C Shaklee

Cik Jue pula ambil Vitamin C sebab nak merawat resdung, tapi dapat bonus berganda pula. Kulit muka licin dan nampak glowing. Parut jerawat pun semakin pudar. Ni semua beliau dapat dalam dua bulan sahaje. Best ker tak? 

Selain dari sebab-sebab di atas, Vitamin C jugak sangat bagus untuk;
- Mencerahkan kulit, membuat kulit sehat dan bercahaya
- Memperbaiki kondisi kulit yang kusam dan pucat
- Melindungi kulit dari radikal bebas
- Menghindari proses pigmentasi akibat pengaruh UV B
- Meningkatkan sintetis collagen
- Memproduksi collagen
- Mengurangi garis halus dan kerutan pada kulit.

Jika anda berminat untuk dapatkan Vitamin C, boleh hubungi saya cecepat. Vitamin C Shaklee pernah takde stok hampir setahun. Mungkin juga akan berlaku lagi.. Jom order


------------------------------------------
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya



Thursday, 16 January 2014

25 Kepentingan Vitamin C Untuk Badan, Kulit & Rambut

Kepentingan Vitamin C tidak perlu disangkal lagi. Peranannya dalam kecantikan telah terbukti sehinggakan ramai yang berlumba-lumba mendapatkan sumber Vitamin C melalui suntikan dan sebagainya. Vitamin C bukan sahaja penting untuk kecantikan, tetapi ia juga memberi kesan yang baik terhadap tubuh badan dalam melawan penyakit.

Saya kongsikan di sini untuk anda ketahui 25 kebaikan Vitamin C untuk badan, kulit dan rambut:

1. Imunisasi/Daya Tahan Badan
Pengambilan dos yang betul dapat melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka serta memelihara badan dari bakteria, virus dan jangkitan. Vitamin C juga boleh melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa
Vitamin C dapat mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan mempercepatkan proses penyembuhan demam.

 3. Anti-oksida
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan Plumbum
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak. Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak yang menyebabkan penglihatan kabur dan seterusnya menjadi buta. Pengambilan 1000mg Vitamin C dapat menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata seterusnya mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C.

13. Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana ia mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KULIT

15. Perlindungan dari Matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari. Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari Perubahan Warna Kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma (masalah kulit).Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki Tekstur Kulit
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK RAMBUT
20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Kekurangan Vitamin C menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang.Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang Lebat
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut. 

http://www.stylecraze.com
 
Lihatlah betapa banyaknya manfaat yang akan kita perolehi kesan dari pengambilan Vitamin C secara berterusan. Pengambilan Vitamin C sangat digalakkan demi mendapatkan kesihatan yang baik dan sempurna. Anda sihat, keluarga bahagian dan ceria!!

 
  KENAPA VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE PERLU JADI PILIHAN ANDA??

Kenapa?? Ya! kerana Vitamin C Sustained Released adalah BERKESAN, SELAMAT DAN SEMULAJADI! Kebanyakan Vitamin C yang terdapat dipasaran adalah vitamin sintetik dan tidak mempunyai bioflavonoids. Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar.  

Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids ;-)


Hubungi saya, 
MIEZA 
✆Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
✉ Email: miezakawai@gmail.com 
➲ COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

Friday, 22 November 2013

Set Skincare Shaklee Hapuskan PARUT dan JERAWAT kawah BULAN saya!! > xperlu make-up tebal 3 inci!


Salam Semua,

“Alhamdulillah..tak mau tukar yang lain dah! Sekarang tak perlu mekap tebal 
sampai 3 inci. Sapu compact powder dan celak pun dah cukup”

Yeahh! itu dia luahan kegembiraan Puan Hani yang dah berjaya dan berpuas hati setelah mendapatkan kulit yang menawan :-) Sebelum ni wajah Puan Hani banyak parut jerawat dan jerawat kawah bulan (heee). Nak cover semua tu, terpakse la pakai mekap tebal sikit tapi still nampak juga. Mekap pon nampak tak blend dan berbelak-belak. 


Tapi sekarang, wajah beliau dah cantik u!! mulus jer nampaknye. Itulah dia berkat kesabaran dan kesungguhan Puan Hani. Supplement apa yang Puan ambil untuk dapatkan kesan sebegini?


Puan Hani ambil vitamin Shaklee secara berperingkat2. Mula-mula beliau ambil ESP, Lepas nampak perubahan beliau tambah dengan GLA Complex. Berpuas hati dengan kedua-duanya, beliau tambah plak lagi dengan Set Skincare (Set D) iaitu Vitamin C, Vitamin E dan B-Complex untuk hasil yang kebabomm!!..
Bagi anda yang kurang bajet yang dapatkan supplement sekaligus boleh try cara Puan Hani nie. Beli secara berperingkat2. Tapi kalo ade bajet lebih..xde masalah, boleh dapatkan ape je vitamin yang anda nak.

Jika anda dah terpaut hati, pm saya! 

Hubungi saya!

✉ Email: miezakawai@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565 (mieza)
➲ COD Area: UM, Kerinchi, PJ, sekitar Cheras, Hulu Langat, Kajang

Wednesday, 20 November 2013

Woww!!! Kulit Cantik Sekata dengan Set Skincare Shaklee (Set D)



Salam petang semua *_~

Siapa nak kulit cantik sila angkat tangan?? Mueeheee! semua mesti nakkan? Bagi yang mempunyai masalah kulit, perkara ni memang boleh membawak kepada stress! Saya pasti dan bermacam produk kosmetik yang anda gunakan. Dah beli Brand A, ermm tak sesuai, ermm.. tukar la ke Brand B. Eh! tak sesuwai jugak! Tukar lagi dan lagi.. Tak elok yer jika asyik bertukar-tukar brand sembarangan. Takut lebih mudarat pulak jadinya.

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah dengan menjaga pemakanan dan yang paling penting ialah anda perlu mengambil vitamin-vitamin yang sesuai dalam penjagaan kulit. Tak semestinya beli produk kosmetik sahaje yer. Eloklah rawat dari dalam dulu, barulah marbeles!!

Jom tengok testimoni pengguna yang telah menggunakan Set Skincare Shaklee (Set D) yang terdiri dari Vitamin E, Vitamin C dan B-Complex. 

 #Testimoni 1: Kulit jadi lembut & licin

Cik Nik Nur Munirah yang cantik manis ni, ada masalah pori-pori muka yang terbuka, T-Zone ada black-head dan white-head. Kombinasi masalah ni memang menampakkan kulit muka kasar. Selepas sebulan menggunakan Set D, wajah beliau lebih cerah dan licin. Lembut jer.. Black-head? white-head? all gone.. wow!! 

#Testimoni 2 :  Kulit cerah dan berseri
Woaaa... ni best! Bapa contoh la Encik Ciklee Care ni.. Beliau membelikan anak dara suntinya Set D. Cuba lihat perbezaan pada wajah anak dara Encik Ciklee Care ni. Gambar selepas nampak cerah dan ceria je hasil dari pengambilan vitamin Set D selama dua bulan.

Worait! jom lihat apa itu Set D (Vitamin E, Vitamin C & B-Complex)



Tu diaaaa, seronok tau bila customer berpuashati dengan produk Shaklee. Memang ni adalah produk terbaik sepanjang zaman. Bukan hanya untuk kecantikan sahaja malah secara keseluruhan. Yeay!!

Jika anda berminat nak dapatkan set ni, boleh hubungi saya ikut info di bawah ni yer :)

Hubungi saya!
✉ Email: miezakawai@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565 (mieza)
➲ COD Area: UM, Kerinchi, PJ, sekitar Cheras, Hulu Langat, Kajang







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...