Tuesday, 26 November 2013

Soalan Lazim Tentang Vivix



S. Apakah Vivix™?
J. Vivix adalah suatu minuman campuran polifenol yang ekslusif dan hebat dari Shaklee. Dalam proses mendapatkan patent, Vivix mengandungi ramuan yang melalui kajian makmal menunjukkan kesan POSITIF ke atas 4 kunci mekanisma penuaan sel. Ini termasuklah membantu melindungi dan membaiki kerosakan DNA, menggalakkan kelewatan penuaan sel, menyokong penghasilan tenaga mitokondria dan melambatkan pembentukan protein AGE (Advanced Glycation End products).*

Vivix juga:
Menyokong kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular*
Menyokong kesihatan otak*
Menyokong sistem pertahanan badan*
Melindungi kesihatan sendi*
Memberi perlindungan antioksidan bagi melawan radikal bebas*
Mengoptimumkan kesihatan keseluruhan*
Menambahkan tenaga sel*

S. Siapakah yang patut mengamalkan Vivix?
J. Sesiapa sahaja (dewasa) yang mengambil berat tentang penuaan sel dan mementingkan kesihatan yang optimum.* Pengambilan Vivix tidak digalakkan untuk wanita yang sedang mengandung dan menyusukan anak, atau remaja di bawah usia 18 tahun (kerana tiada ujian klinikal dijalankan ke atas golongan ini).

S. Apakah resveratrol?
J. Resveratrol adalah suatu bahan semulajadi yang boleh didapati daripada sesetengah jenis tumbuhan, buah-buahan, benih, anggur dan produk-produk berasaskan anggur seperti wine merah. Berdasarkan ujian-ujian makmal di seluruh dunia, resveratrol dibuktikan mempunyai sifat polifenol dan antioksidan yang berpotensi untuk membaiki kualiti kesihatan dan kehidupan. Malah, berdasarkan kajian makmal yang terkini, resveratrol dipercayai dapat melawan penuaan sel.  Kajian ini juga mendapati bahawa resveratrol mengaktifkan pengatur genetik yang memanjangkan laluan sel, yang mungkin dapat memberi kesan positif terhadap DNA, kesihatan sel dan metabolisma.*

S. Berapa banyak kandungan resveratrol di dalam Vivix?
J. Vivix mengandungi 100 mg resveratrol dalam setiap satu sudu teh. Ekstrak resveratrol yang terdapat di dalam Vivix terdiri daripada 98% resveratrol semulajadi dan kuantiti ini disokong oleh kajian dan penemuan saintifik terkini. Tetapi Vivix bukanlah hanya resveratrol semata-mata. Ia juga dikombinasikan bersama campuran polifenol tambahan yang bakal dipatentkan, termasuklah dari satu-satunya anggur yang mempunyai ekstra kromosom berbanding anggur-anggur yang lain, iaitu anggur Muscadine. Kajian makmal mendapati gabungan kedua-dua bahan unik ini memberikan impak positif terhadap empat kunci mekanisma penuaan sel dan 10 kali ganda lebih berkesan dalam melambatkan pembentukan protein AGE berbanding jika hanya terdiri daripada resveratrol sahaja. *

S. Apakah polifenol?
J. Polifenol adalah sekumpulan fitokimia atau fitonutrien yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan berpotensi untuk  memberikan kebaikan antioksidan dan anti-penuaan sel. Malah, penemuan terbaru melaporkan bahawa polifenol boleh mendatangkan pelbagai kesan biologi yang konsisten dalam menyokong dan menambah baik kesihatan manusia.*

S. Adakah Vivix satu produk antioksidan?
J. Vivix mengandungi ramuan polifenol yang telah dibuktikan dalam ujian makmal memberi kesan positif terhadap empat mekanisma utama dalam penuaan sel dan dengan itu ia bertindak lebih dari sekadar memberi sokongan antioksidan. *

S. Adakah Vivix sejenis minuman jus dan apa perbezaannya berbanding dengan produk jus yang lain yang berada di pasaran?
J. Tidak, Vivix adalah sejenis supplement tonik pekat ekslusif yang memberikan khasiat resveratrol yang terasli dan mengandungi ekstrak polifenol yang tinggi yang diambil dari anggur Muscadine. Keunikan campuran polifenol ini turut mengandungi ramuan yang dibuktikan melalui ujian makmal dapat menangani mekanisma utama penuaan sel.* Setiap satu sudu teh Vivix memberi khasiat resveratrol setanding dengan kuantiti yang terdapat dalam 100 gelas wine merah.
 
S. Bila seharusnya saya mengambil Vivix?
J. Amalkan satu sudu tehVivix  setiap hari, disarankan selepas makan, seperti sarapan pagi atau makan tengah hari. Goncang dahulu botol sebelum makan. Simpan Vivix yang sudah dibuka ataupun belum di dalam peti sejuk bagi mengekalkan kesegaran dan kualitinya.
 
S. Bolehkah saya mengambil Vivix lebih dari satu sudu teh?
J. Berdasarkan kepada kajian terbaru, pengambilan Vivix lebih dari satu sudu teh tidak menambahkan apa-apa kebaikan.

S. Bolehkah Vivix diambil bersama supplemen Shaklee yang lain?
J. Vivix boleh diambil dengan semua supplement Shaklee.

S.  Adakah Vivix mengandungi alkohol?
J.  Vivix tidak mengandungi alkohol dan mendapat pengesahan sijil halal.


*Kenyataan ini tidak dinilai oleh Food and Drug Administration (FDA). Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang penyakit.

 ------------------------------------------
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
------------------------------------------
COD Area : Bandar Mahkota Cheras | Bandar Tun Razak | BTHO | Cheras | Hulu Langat | Kajang | Universiti Malaya | Petaling Jaya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...