Thursday 6 March 2014

Sihat Ketika Jerebu : Tingkatkan Sistem Imun dengan Set Family Wellness dan Nutriferon Shaklee

Salam semua,

Sejak beberapa hari lalu kita dilanda jerebu yang teruk khusunya di kawasan Petaling Jaya. Saya bekerja di Universiti Malaya, pejabat pula di atas bukit memang pemandangan kabur dilitupi jerebu. Tengahari memang tidak kemana, hanya duduk di pejabat sahaja. Tapi alhamdulillah, mungkin kerana saya mengamalkan vitamin shaklee setiap hari, saya jarang diserang demam yang teruk. Perlu persiapkan diri, bukan apa.. kalau sudah demam, banyak pula kerja yang tertangguh kan.

Semalam, semasa sedang menyemak email, saya terima satu email kiriman Unit Keselamatan & Kesihatan, UM yang menerangkan sedikit info mengenai masalah jerebu. Bagus juga ni, bukan apa, kalau saja-saja nak cari maklumat di Portal Kementerian Kesihatan Malaysia, rasanya memang tak dicari. Jom saya share sedikit informasi mengenai jerebu yang boleh kita jadikan panduan :)


Apakah Jerebu?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
- Pembakaran Secara Terbuka
- Asap Dari Kilang
- Asap Dari Kenderaan


Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan :-




Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.


Untuk makluman anda, rekod indeks pencemaran udara di Petaling Jaya pada 4 Mac 2014, adalah sebanyak 123* (Tidak sihat).

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA


Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

- Kanak-kanak
- Orang tua
- Mereka yang mengalami penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung, alahan
- Perokok
- Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit jangan merokok di dalam rumah.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat ( iaitu IPU yang melebihi 100 )
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Selain dari langkah-langkah di atas, anda juga boleh mengambil vitamin untuk meningkatkan daya ketahanan badan supaya tidah mudah jatuh sakit. Pengambilan Set Family Wellness mampu menguatkan sistem imun anda disamping mengekalkan kesihatan sedia ada.


Anda juga boleh mengamalkan NutriferonShaklee untuk meningkatkan sistem imun tubuh!


Untuk keterangan lanjut, konsultasi percuma dan HARGA ISTIMEWA, hubungi saya :)

Hubungi saya;
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...