Sunday, 9 March 2014

Perbezaan Antara Stretch Mark dan Selulit

Salam semua pengunjung blog myvitahealth :)

Anda boleh bezakan antara stretch mark dengan selulit? Kalau kita lihat secara kasar, seperti tiada beza antara keduanyakan..Mari lihat punca, bentuk dan rupa serta langkah-langkah pencegahan antara stretch mark dengan selulit yang perlu anda tahu.


PUNCA
STRETCH MARK
SELULIT
Kehadiran stretch mark adalah disebabkan kulit badan meregang terutamanya bagi wanita yang mengandung dan juga yang mengalami pertambahan berat badan. Bagi wanita mengandung, semakin besar kandungan maka makin besarlah regangan.
Selulit pula terjadi akibat pembentukan lemak dan air di bawah kulit yang bercantum dengan collagen di kawasan-kawasan tertentu badan. Kebiasaannya ia berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang dilakukan oleh seseorang individu. Selain daripada itu, ia juga berpunca dari keturunan di mana wanita yang kurus dan mengamalkan hidup yang sihat juga mengalami masalah selulit.
BENTUK DAN RUPA
STRETCH MARK
SELULIT
Stretch mark bermula dengan warna merah atau ungu jalur-jalur pada kulit dan ia akan merebak seterusnya ke kawasan kulit sekitar. Lama-kelamaan, tanda itu akan mula merekah dan berwarna terang dan serap kedalam kulit. Bentuknya adalah jalur-jalur bergerigi.
Berlaku disekitar : paha, perut, dada dan lapisan bawah lengan.
Selulit pula adalah gabungan collagen yang memberikan selulit itu berupa seperti cottage cheese yang sememangnya tidak diingini dan digemari oleh ramai orang.
Berlaku di sektiar: paha, punggung, tangan, betis dan torso atas.
PENCEGAHAN
STRETCH MARK
SELULIT
- Elakkan pengambilan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit.
 - Banyakkan mengambil buah-buahan, minuman yogurt dan susu segar
 - Elakkan dari menggaru jika anda terasa gatal-gatal dibahagian tubuh anda sewaktu sedang hamil kerana ia hanya akan membuat kesan regangan bertambah teruk.

- Melakukan diet seimbang: Elakkan minuman berkafein dan kurangkan pengambilan gula dan garam dalam pemakanan.
- Melakukan senaman rutin di bahagian yang mengandungi selulit: Lakukan untuk memejalkan kulit dibahagian selulit. Contohnya terdapat selulit di bahagian kaki, lakukan senaman dengan mengangkat kaki. Baringkan badan, angkat kaki dan turunkan ia berselang-seli.
-Minum air masak dengan kerap.

Ha... dah tau kan perbezaannya? Tidak hairanlah wanita sanggup membelanjakan ribuan ringgit untuk menghilangkannya ataupun selepas ini, cubalah praktikkan langkah-langkah pencegahan dari stretch mark dan selulit. Disamping itu, anda juga disarankan untuk mengamalkan ESP Shaklee untuk membantu mencegah atau memudarkan kesan-kesan tersebut. Berikut adalah kelebihan-kelebihan ESP :)


Hubungi saya untuk dapatkan ESP dengan HARGA PROMOSI!

Hubungi saya;
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

Nota : Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat, jemput click "google+1" :)
  

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...