Wednesday, 4 December 2013

Vitamin Shaklee Atasi Senggugut Secara Alami

Salam dinihari semua..
Anda menanggung derita setiap bulan dek bahana senggugut? Ia sering menganggu setiap bulan bagi sesetengan wanita. Sengugut juga boleh menjadi serius jika tidak ditangani segera dan boleh mendatangkan masalah kepada ketidaksuburan ataupun masalah di dalam rahim seperti endometrosis.

Tekanan, mudah marah, naik angin, mudah penat, sakit pada sendi, belakang, sakit pada payudara, kembung perut, sakit kepala, perubahan pada kulit (jerawat dan rambut), sukar tidur, naik berat badan, sembelit, selera makan berubah dan sukar beri tumpuan adalah antara perkara-perkara yang terpaksa dihadapi oleh wanita yang mengalami senggugut. Kesian!

Penyebab Senggugut
Senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu & sakit.

Sekarang tak perlu risau lagi yer. Ada berita baik untuk anda yang sering mengalami senggugut!! Shaklee ada menawarkan Set Senggugut yang mengandungi B-Complex, GLA dan Ostematrix.


B Complex
  • Vitamin B-complex khususnya Vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
OsteMatrix (Kalsium Magnesium)
Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut. Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain. Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.

GLA Complex
Apabila seseorang itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (Gamma Linolenic Acis). Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE adalah sangat perlu untuk memenuhi GLA yang kurang itu tadi. Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi. Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik (sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut. 

Di bawah ni saya ada sediakan sedikit tips untuk anda :)

Cara Atasi Senggugut tanpa Ubat
  • Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Berminat dengan set ini?

Hubungi saya;
MIEZA
Call/SMS/WhatsApp: 013-2210565
Email: miezakawai@gmail.com
Page : Famili Sihat Online
COD Area: Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, sekitar Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, PJ





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...