LAZIMNYA penyakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang ini adalah osteoarthritis (OA), artritis dan osteoporosis. Ini kerana osteoarthritis ada kaitan dengan radang, artritis haus dan lusuh manakala osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang. Begitupun, artritis dan osteoporosis lebih kerap didengari dan kesedaran mengenainya juga lebih tinggi berbanding osteoarthritis. Secara umumnya osteoarthritis berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus dan ia boleh menyebabkan kesakitan sendi, bengkak dan kecacatan.
GEJALA
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit sendi adalah merasa nyeri sendi atau ngilu di bahagian sendi. Apabila anda mengalami sakit sendi, anda akan merasa sakit di kawasan tersebut, menjadi bengkak, mengalami keradangan, kaku dan sukar bergerak.
PUNCA
1. Rheumatoid Arthritis
Rheumatoid arthritis adalah penyebab nyeri sendi kronik yang paling lazim. Ia bukanlah satu penyakit khas untuk golongan tua seperti yang biasa dianggap umum kerana golongan muda juga boleh terkena penyakit ini. Penyakit rheumatoid arthritis berpunca daripada kerosakan sistem autoimun yang menyebabkan tubuh menghasilkan zat penyebab keradangan, terutama di bahagian sendi. Bahagian tubuh yang sering diserang penyakit ini adalah sendi jari tangan dan kaki dan tulang belakang. Rheumatoid arthritis menyebabkan keradangan dan pembengkakan selaput sendi dan lama kelamaan merosakkan kapsul sendi dan seterusnya tendon. Dan akhirnya, ia menyebabkan deformasi pada tulang dan kesukaran untuk bergerak.
2. Osteoarthritis
Osteoarthritis adalah penyakit sendi degeneratif (umumnya menyerang mereka yang berusia 45 tahun ke atas). Pesakit osteoarthritis juga mengalami nyeri sendi tetapi tidak bermula dengan keradangan. Nyeri sendi akan dirasai apabila mengangkat berat dan pada waktu mula-mula bergerak dari posisi istirehat. Faktor yang menyebabkan osteoarthritis ini adalah penuaan dan juga penggunaan sendi yang berterusan. Akibat geseran ini, lama kelamaan tulang rawan akan menjadi haus dan menyebabkan rasa nyeri terutama pada bahagian pinggul, lutut, tangan, kaki, dan tulang belakang.
3. Ankylosing spondylitis
Ankylosing spondylitis adalah salah satu bentuk arthritis juga. Mereka yang mengalami penyakit ini sering mengalami rasa nyeri dan keradangan terutamanya pada sendi tulang belakang dan juga pinggul. Gejala dirasai semasa tidur, setelah bangun tidur atau setelah lama tidak aktif. Untuk kes yang berat, ankylosing spondylitis boleh menyebabkan percantuman tulang belakang sehingga menyebabkan bongkok, yang dikenal sebagai kyphosis. Keparahan kes adalah berlainan dan tidak semua penderita mengalami gabungan tulang belakang. Sesetengah orang mungkin hanya mengalami sakit punggung atau pinggul secara berkala. Seperti juga rheumatisme, ankylosing spondylitis adalah penyakit autoimun yang menurun.
4. Psoriatik Arthritis
Arthritis ini adalah kesan sampingan daripada penyakit psoriasis. Pembengkakan yang menyakitkan dapat terjadi pada semua sendi, terutama ruas jari, pergelangan tangan, lutut, tulang selangka, pergelangan kaki dan punggung bawah. Gejala biasanya disertai dengan masalah kulit. Sekitar 30-40% orang dengan gejala psoriasis akan mengalami psoriatik arthritis, meskipun sering kali tidak didiagnosis, terutama jika gejalanya ringan. Psoriatik arthritis biasanya terjadi antara usia 30-50 tahun, namun ia boleh terjadi tidak mengira usia dan kepada lelaki mahupun wanita.
5. Gout (asam urat)
Jika rasa sakit tajam berada di sekitar ruas dan pergelangan kaki, penyebabnya mungkin adalah gout. Gout adalah hasil kadar asam urat (asid urik) yang tinggi dalam darah. Rasa sakit sendi biasanya disertai dengan bengkak, kemerahan, dan hangat.
Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan sakit sendi iaitu dengan mengambil ubat ataupun suntikan, Malangnya, kesan ubat dan suntikan ini hanya memberikan kelegaan buat sementara waktu sahaja dan jika ia diambil secara berterusan, ia akan memberi kesan sampingan kepada organ badan yang lain pula. Anda juga boleh melakukan pembedahan tetapi ia melibat kos yang tinggi. Bagi mengelakkan pembedahan mahupun kepergantungan kepada ubat, anda boleh mengamalkan nutrien semulajadi sebagai alternatif.
Glukosamina > Bagi membina semula tulang rawan dan bendalir sinovia yang semakin berkurangan (haus).
Vitamin C > Bagi melawan radikal bebas yang ditemui di dalam bendalir pesakit arthritis dan sendi yang radang.
Omega 3 > Bagi mengurangkan keradangan/inflamasi dalam sendi
Kalsium dan mineral > Bagi menjamin kekuatan dan kesihatan tulang.
Bagi anda yang tercari-cari suplemen untuk kesihatan sendi, bolehlah mencuba Set Sendi Shaklee yang mengandungi kesemua zat yang diperlukan untuk memastikan kesihatan sendi anda. Set Sendi Shaklee terdiri daripada tiga jenis suplemen iaitu, Advanced Joint Health Tablet, Omega Guard dan OsteMatrix.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai Set Sendi Shaklee ni, sila dapatkan infonya DI SINI.
Sendi sihat, anda gembira!!!
------------------------------------------
MIEZA
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email : miezakawai@gmail.com
Page : familisihatonline
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya
0 comments:
Post a Comment