Sunday, 4 May 2014

Sembelit Dikalangan Bayi & Kanak-kanak : Atasinya Dengan Mealshakes Shaklee


Pernahkah anak-anak anda mengalami masalah sembelit? Resahnya hati bila anak kita terkena sembelit hinggakan 2 ke 3 hari masih tidak membuang. Lebih merisaukan jika masalah sembelit ini dihadapi oleh anak-anak yang masih bayi yang belum pandai mengadu. Menangis sepanjang masalah kerjanya.

Masalah sembelit dikalangan kanak-kanak sering menghantui ibu-ibu di luar sana. Jadi untuk lebih kepastian, saya kongsikan sedit info mengenai masalah sembelit dikalangan bayi dan kanak-kanak yang diperolehi daripada blog Doktor Zubaidi Haji Ahmad untuk dijadikan panduan.

Menurut beliau, sembelit sebenarnya bukanlah penyakit dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak membuang air besar. bayi dan kanak-kanak yang tidak membuang air besar untuk tempoh 3  hari sekali, masih dikira normal jika mereka tidak menunjukkan tanda-tanda mengalami sembelit.

Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengetaui sedikit sebanyak TANDA-TANDA SEMBELIT untuk memudahkan kita bertindak. Antara tanda tersebut ialah:-
  • Bayi atau kanak-kanak itu akan menangis atau resah dan tidak selesa semasa membuang air besar.
  • Kanak-kanak yang lebih besar mereka akan mengadu kesakitan dan kelihatan meneran ketika sedang membuang air besar.
  • Najis mereka akan kelihatan keras, kering, dan berbiji-biji.
  • Kentut dan najis berbau lebih busuk.
  • Kekerapan membuang air besar juga semakin kurang 3kali dalam seminggu
  • Bayi atau kanak-kanak tidak selera makan
  • Perut menjadi kembung
PUNCA SEMBELIT perlu juga kita tahu ye. Antara puncanya  ialah :
  • Punca utama ialah pemberian susu formula. Ini kerana susu formula sukar untuk dihadamkan dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu.
  • Bayi yang sudah diberi makan separuh pejal. Usus mereka yang tidak matang belum dapat berfungsi sepenuhnya dengan baik. Jadi pastikan makanan separuh pejal yang ingin diberikan mestilah lembut dan mudah dihadam. Banyak kandungan air semasa persediaan makanan tersebut.
  • Bayi dan kanak-kanak yang kurang minum susu disebabkan demam, selsema, jangkitan pada tekak dan mula tumbuh gigi mudah mengalami sembelit kerana kekurangan air dalam badan/dehidrasi.
  • Kecacatan sejak lahir dimana lubang dubur agak ketat dan sukar membuang air besar. 
Bagi mengatasi masalah ini segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan yang sesuai supaya masalah sembelit ini tidak lagi berulang.

Selain pemberian ubat, ada beberapa TIPS yang boleh dilakukan. Antaranya ialah:- 
  • Baringkan bayi dengan kaki ke atas dan cuba lakukan pergerakan seolah-olah seperti sedang mengayuh basikal di udara. Ini boleh merangsang pergerakan najis dalam usus.
  • Bagi bayi yang berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, boleh berikan makan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar dan disediakan secara segar. Berikan pada kadar yang sesuai dan mintalah nasihat doktor. Ini akan menambahkan kandungan serat dalam pemakanan mereka dan memudahkan mereka buang air besar.
  • Untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas boleh berikan mereka jus buah-buahan seperti tembikai atau betik. Jus betik sangat baik untuk mereka kerana mempunyai banyak serat dan mengandungi bahan semulajadi yang dapat merangsang pergerakan usus.
  • Sekiranya cara-cara di atas telah dilakukan tetapi masih mengalami masalah sembelit, bolehlah menggunakan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor anda mengikut umur bayi atau kanak-kanak tersebut.
Ada berita baik untuk ibu-ibu, Mealshakes Shaklee dapat membantu mengatasi masalah sembelit berbanding memberikan mereka dengan ubat-ubatan ubat-ubatan yang kita sendiri tak tahu apa kandungannya.

Mealshakes Shaklee atasi sembelit

Mealshakes adalah dari sumber protein yang mempunyai hidangan lengkap dan asid amino serta pelbagai nutrisinya yang mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi hingga ke dewasa. Ia diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi dan tidak berbahaya untuk digunakan harian. 

Alhamdulillah, bulan Mei 2014 diserikan lagi dengan PROMOSI MEALSHAKES daripada Shaklee. 


**PROMOSI ISTIMEWA BERLANGSUNG 
SEPANJANG MEI 2014, BUY 6 FREE 1**

Untuk konsultasi/nasihat percuma dan harga vitamin Shaklee, jangan segan silu hubungi saya.


---------------------------
MIEZA 
Call/SMS/WhatsApp : 013-2210565
Email miezakawai@gmail.com 
Page : familisihatonline 
COD Area : Bandar Mahkota Cheras, Bandar Tun Razak, BTHO, Cheras, Hulu Langat, Kajang, Universiti Malaya, Petaling Jaya

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...